Antara isu yang mencuri tumpuan ialah soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH PKR – Port Dickson) pada sesi soal jawab, berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang tidak dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab, kerajaan tidak dapat membentangkan perkara itu di Parlimen berikutan situasi terdesak akibat penularan COVID-19.
Muhyiddin Yassin turut menegaskan, pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan bagi memastikan nasib dan hak rakyat dilindungi. Oleh itu, tindakan segera harus diambil supaya bukan sahaja rakyat malah sektor lain juga dapat dipelihara.
Menurutnya, permasalahan besar yang dihadapi kerajaan adalah soal menguruskan dan menangani COVID-19. Bukan sahaja Malaysia, malah seluruh dunia mengalami situasi sukar dan sulit.
“Justeru, kerajaan tidak ada pilihan, malah saya berpendapat tindakan segera mesti diambil sebelum Parlimen mula bersidang. Kalau belum bentang, Insya-Allah Menteri Kewangan akan bentang dalam sesi secara terperinci.”
Kalau nak berbincang dahulu, boleh lingkup negara
Muhyiddin Yassin turut berkata sekiranya perlu menunggu perbincangan di Parlimen, institusi kewangan dan banyak perniagaan akan runtuh. Menurutnya, tugas kerajaan adalah bagi memastikan keadaan dan kehidupan rakyat terbela.
Rata-rata rakyat Malaysia berterima kasih kepada Perdana Menteri, kerana dianggap berani menanggung risiko demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Dia turut memberitahu Parlimen bahawa kerajaan akan membentangkan pelan pemulihan ekonomi jangka panjang pada Oktober ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.