Seorang ibu yang ingin berkongsi perkembangan anaknya yang sedang sakit di media sosial bertukar pilu apabila mendapat respon yang cukup tak disangka dari salah seorang pengikutnya.
Dalam keadaan anak yang sedang sakit, ibu mana yang tidak bersedih sebab anak disahkan terdapat kuman di paru-paru, tetiba ada pula yang komen seolah-olah mempersenda kesakitan yang dihadapi. Memang tak patut!
“Memang takkan sembuh”
Tidak dapat dipastikan motif sebenar wanita ini meninggalkan komen sedemikian namun tindakan kurang beradab tersebut turut dikritik orang ramai.
Tidak mahu mengalah dan rasa dipersendakan, wanita terbabit berbalas komen dengan pengguna Facebook yang lain yang menegur agar lebih berhati-hati dalam memberi komen.
Siapa yang tak bengang kan?
Sedar dirinya diasak bertubi-tubi oleh orang ramai, dia akhirnya memohon maaf.
Lepas kutuk nak report polis
“Saya maafkan kamu”
Kerana mulut badan binasa. Lain kali berhati-hatilah sebelum melontarkan sebarang komen. Sepatutnya mendoakan yang baik-baik dan bukan dengan kutukan seperti itu.
Sumber : Puan Nee