Dalam perkahwinan dan rumah tangga yang dibina, kejujuran adalah sesuatu yang amat penting dalam memelihara kehidupan bersama suami dan isteri. Namun adakalanya pasti terjadi sesuatu yang tak diduga.
Wanita ini telah 2 tahun berumah tangga dan mempunyai anak berusia satu bulan. Sedang diri gigih bersengkang mata menjaga bayi kecil, suami di Melaka rupanya sedang enak bermain cinta dengan orang lain tanpa mempedulikan keadaan isterinya itu. Hmmm
Baru 2 tahun kahwin dan ada bayi kecil umur sebulan
Usia perkahwinan saya baru 2 tahun dan saya baru dikurniakan seorang baby boy berusia sebulan. Dalam sibuk saya berpantang, suami saya main kayu 3 dengan perempuan lain. Betapa hancur luluh hati saya. Saya tahu dah lama diorang berhubung. Suami salahkan saya tak jaga makan minum dia sebab dia curang. Kami pjj. Dia di Melaka dan saya di Kuala Lumpur.
Dia salahkan saya sebab tak selalu mesej
Kami berjumpa hujung minggu je. Semasa pantang, saya sibuk uruskan anak seorang diri. Dia boleh salahkan saya sebab tak selalu mesej dia sedangkan nak makan pon saya tak sempat sebab uruskan anak. Dia tak hargai langsung 20jam saya bertarung nyawa nak bagi dia zuriat, sakit perut kena belah sampai sekarang masih terasa bisa. Kantoi mesej pon sebab saya terbaca mesej di hp dia. Sekarang saya dalam dilema nak maafkan dia atau tak memandangkan anak masih kecik.
sumber: KRT