Luluh Hati Seorang Bapa Bila Anak Difitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika

Trending

Luluh Hati Seorang Bapa Bila Anak Difitnah, Dituduh Dijangkiti Virus Zika

3

Luluh dan kecewa seorang bapa sehingga meluahkan rasa marah dan kecewanya apabila anak kesayangan mereka yang menghidapi microcephaly & Cerebral Palsy (CP) telah menjadi mangsa fitnah media sosial sehingga ada beberapa blog memuatnaik artikel anaknya itu terkena jangkita virus Zika.

Advertisement


Bapa berkenaan, Mohd Shahir Kamaruddin menyatakan dia hilang sabar apabila membaca tajuk beberapa blog yang menfitnah anaknya, Adam yang berbunyi “Virus Vika,’Kami Redha Dengan Ketentuan-Nya’ sambil menunjukkan Shahir dan isteri sedang mendukung Adam dan“Nursyahidda, Dari Tanjung Malim Lahirkan Anak Virus Zika”.

2

Menurut Shahir, anaknya yang dilahirkan pada 26 Ogos 2013 itu disahkan doktor menghidapi microcephaly & Cerebral Palsy (CP) dan bukannya virus Zika seperti yang dituduh blogger berkenaan.

“Virus Zika tidak memang tidak ada kena mengena langsung dengan Adam, harap pihak blogger-blogger yang menyatakan tajuk isteri saya melahirkan anak dari Zika padam semua kenyataan berkenaan.”

“Sehingga kini pihak kementerian tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai virus ini(di Malaysia), jangan terus menyebar fitnah.”

“Taju artikel berkenaan perlu diperbetulkan supaya orang tidak salah anggap, hentikan sebelum saya melaporkan kepada pihak berkuasa,” tegas Shahir yang ternyata kecewa.

**Cerebral palsy (CP) adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan sekelompok gangguan yang mempengaruhi gerak, keseimbangan dan postur tubuh disebabkan oleh cedera otak atau kurangnya asupan oksigen ke otak saat proses kelahiran, sehingga mengakibatkan perkembangan abnormal pada kendali otot dan gerakan. – RujukSINI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...