Lukisan Najib Dalam Muzik Video K-Pop

Trending

Lukisan Najib Dalam Muzik Video K-Pop

K-pop memang sangat terkenal di seluruh dunia dan tak ketinggalan di Malaysia sendiri.

Baru-baru ini, satu video klip nyanyian penyanyi duo dari Korea Selatan Woo Jin Young dan Kim Hyun Soo tular di Malaysia kerana ada beberapa bahagian yang menunjukkan lukisan badut atau meme bekas perdana menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak.

Advertisement

Lukisan itu digantung di dinding batu bata yang berwarna-warni iaitu salah satu set penggambaran muzik video tersebut.

Muzik video lagu ‘Falling in Love’ itu mendapat tontonan sebanyak lebih 450,000 kerana memaparkan meme yang dilukis oleh Fahmi Reza dan dia juga turut memuat naik status tentang perkara ini di twitter miliknya.

Tidak pasti sama ada Woo dan Kim mengetahui asal-usul karya seni tersebut, yang mana Fahmi pernah dijatuhi hukuman penjara selama sebulan dan denda RM30,000 setelah didapati bersalah (penyebaran kandungan dalam talian yang dianggap lucah, tidak senonoh, palsu, dengan niat untuk mengganggu, menyalahgunakan, mengancam atau mengganggu orang lain).

Karya seni muncul kira-kira 1 minit 20 saat dalam video dan muncul semula pada tanda 2:20.

Duo K-pop, Woo Jin Young dan Kim Hyun Soo, adalah finalis rancangan realiti survival Korea ‘MIXNINE’ dan kini semestinya mereka sangat popular di Malaysia kerana perkara ini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...