Lukisan Mirip Bendera Negeri Perlis Milik Jho Low Dibida Dengan Nilai RM125 Juta

Kehidupan

Lukisan Mirip Bendera Negeri Perlis Milik Jho Low Dibida Dengan Nilai RM125 Juta

Satu lukisan milik usahawan kontroversi Jho Low dilaporkan akan dilelong dengan nilai harga RM125 juta.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah lukisan tersebut hanya dicalit cat dua warna kuning dan biru, iras bendera negeri Perlis sekaligus membuatkan netizen berasa geli hati.

Advertisement

Difahamkan, lukisan minyak berjudul ‘Tanpa Tajuk (Kuning dan Biru) adalah satu karya artis abstrak terkenal ciptaan Mark Rothko.

lukisan milik jho low

Karya tersebut pernah dimiliki dermawan Amerika, Paul dan Bunny Mellon yang membelinya daripada Mark Rothko setelah pelukis itu membunuh diri pada tahun 1970.

Ia kemudiannya dijual kepada mogul mewah Perancis, François Pinault dan bilionaire Azerbaijan-Rusia, Farkhad Akhmedov, yang membeli lukisan itu pada harga USD46.45 juta (kira-kira RM193 juta) pada tahun 2015.

Masa tepat pemilikan Low terhadap lukisan ini tidak jelas, tetapi laporan menunjukkan bahawa beliau memperoleh banyak karya seni pada tahun 2013. Low akhirnya kehilangan pemilikan lukisan tersebut kepada Akhmedov selepas menggunakannya sebagai cagaran untuk pinjaman.

Karya seni ini, yang asalnya dijadualkan untuk dilelong tidak lama lagi, dijangka akan menjana harga antara USD30 juta dan USD45 juta (RM125 juta hingga RM187 juta).

Sumber mendakwa penangguhan itu disebabkan oleh cabaran yang dihadapi Sotheby’s dalam mendapatkan ‘consignments’ untuk jualan tersebut.

Selepas berita mengenai “Tanpa Tajuk (Kuning dan Biru)” akan dilelong, netizen membandingkan karya seni tersebut dengan bendera Perlis.

“Justice for Perlis,” tulis netizen.

Sekadar info, Low masih menghadapi tuduhan jenayah pengubahan wang haram dan konspirasi rasuah di Brooklyn, New York, berhubung skandal 1MDB.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

respon motac isu check in check out 4 petang
3 months ago

"Kalau Macam Ni Respon, Bubar Saja Kementerian" - Netizen Pertikai Jawapan MOTAC Isu Daftar 'Check In' Hotel Jam 4 Petang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...