Lukisan Bangunan Pada Kertas Yang Cool Oleh Teme Abdullah

Trending

Lukisan Bangunan Pada Kertas Yang Cool Oleh Teme Abdullah

Teme Abdullah merupakan pelajar arkitek di London. Kami merasakan lukisan yang dilukis oleh berliau tersangat la cool. Kami tak tahu la sangat pasal seni ni tapi bagi kami lukisan beliau sangat cool kerana gambar yang dihasilkan memaparkan latar belakang yang seiras. Seperti lukisan itu hidup. Lukisan yang beliau hasilkan adalah dari beberapa tempat menarik sekitar eropah.

Westminster Abbey, London. Aku ada 7 kerja: Akulah pelukis, akulah jurukamera, akulah yang upload, akulah yang tulis caption, akulah yang jual, aku student, aku juga hamba Allah. Aku buat 7 kerja dalam satu masa ? heh heh heh. Ya, perkara ini boleh dijadikan jenaka. Tetapi jika ianya dijadikan hujah oleh seorang pemimpin untuk mententeramkan kesempitan rakyat. Aku kurang bersetuju. Ia seakan-akan menghina mereka yang betul-betul melakukan 2 kerja untuk menyara hidup. Shif siang dan shif malam. Kita tidak merasai betapa peritnya usaha mereka untuk meneruskan kehidupan seharian, malah kita menyamakan kesusahan mereka dengan kemewahan kita. Amatlah tidak wajar. Pemimpin itu cerminan rakyat. Pemimpin yang kurang cerdik itu juga satu bentuk bala daripada Allah. Tetapi, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita berusaha mengubahnya sendiri. Bagaimana? Wujudkan atmosfera cerdik dalam kalangan masyarakat. Penuhi masa muda dengan menuntut ilmu. Bila rakyat itu sendiri cerdik, maka akan muncul pemimpin yang cerdik. Ayuh, kita cerdikkan diri sendiri. #throwback lukisan pada 7OCT2014

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on


Alhamdulillah, I'm back in London. A quick & simple sketch just after arriving. . Kadang kala kita perlu berjauhan dengan situasi selesa, untuk lebih dekat dengan Pencipta. Baru kita kenal erti tawakkal. Baru kita sedar Allah sahaja yang berkuasa membantu kita di saat kita takda apa. . InsyaAllah, menuntut ilmu pun jihad juga. Apa yang aku belajar dari mengembara sampil mununtut ilmu memang istimewa, memang tak dapat dah nak beli kat mana-mana. . Terima kasih kepada mereka yang selalu mendoakan. Kalau tak keberatan, teruskankahlah berdoa. Kerana selain daripada doa aku sendiri, ibu bapa, keluarga, dan guru, doa kenalan-kenalan yang soleh juga menjadi punca Allah berikan kekuatan untuk aku atasi dugaan. Hasbunallah wanimal wakeel. . Doakan aku tekun menuntut ilmu, dan tak nakal2. ????

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on

Fushan Temple, Juifen, Taiwan. Catatan musafir, #throwback Tempat yang aku lawat ni boleh dikira kawasan pedalaman. Bangunan-bangunan, termasuklah Fushan Temple ini dibina di celah-celah bukit, sangat padat dengan penduduk. Kurang tong sampah, tapi seputung rokok pun aku gagal jumpa kat jalanan. Habistu kat mana mereka buang sampah? Tidak, mereka tidak makan sampah. Aku perhatikan masyarakat kat sini akan pegang sampah yang mereka ada, pastu mereka akan pass sampah kat kedai-kedai tepi jalan untuk mereka tolong buang. Walaupun sampah tu sebatang lidi bebola ikan, mereka tak buang mereta-rata. Aku nampak kawan aku sendiri (Taiwanese) amalkan perkara ni. Dia bagi lidi bebola ikan dia (sebatang je) kepada pekedai untuk dibuang. Nampak macam perkara remeh. Tapi, perkara-perkara kecil inilah yang membersihkan keseluruhan negara. Sama seperti lukisan, jika kita lukis segala tiny details dengan penuh perincian, keseluruhan lukisan akan jadi cantik insyaAllah.

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on

St. Mary's Church, Berlin, Germany. I won't stop, till i achieve my dream, InsyaAllah. Man jadda wa jada.

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on

St Hedwig's Cathedral, Berlin, Germany.

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on

Brandenburg Gate Berlin. Badly damaged during the World War II. It is hard to imagine that the the gate & the buildings surrounding used to be full of bullet marks. Gratefully, the war is over and people here live in peace (from my point of view) . Unfortunately, people are still full of greed and willing to kill their own kind to fulfil it. Its a shame that we can't share the peace with people who are still being oppressed in some countries. Rohingya, Syria, Yemen and not to forget Palestine-Israel conflict etc. By looking at history, Israel army would start to attack Palestine during muslim's fasting month annually. Lets pray that there will be no war during the upcoming fasting month which is in June-July this year.

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on

St John the Evangelist Church, Kingston Upon Thames, London. Tempat ni bersejarah. Sebab masa mula-mula sampai sini dulu, aku tak jumpa surau atau tempat yang bersih untuk solat. Dalam keadaan was-was, aku pun masuk tempat ni, mintak nak tumpang solat. Paderi tu kasi, siap sediakan satu ruang bersih untuk aku solat. Segan bila teringat balik, tapi itulah pengalaman. Harus? Makhruh? Haram? Khilaf ulama itu bermacam. Inilah antara hikmah kita bermusafir dan kenal masyarakat serta ragam. Dari situ kita akan lihat kecantikan dalam ijtihad para ulama mahupun ulama silam. Jika Allah tak beri peluang aku merasai kesusahan dalam musafir sebegini, aku mungkin akan keliru kenapa ada muslim yang sanggup solat sembunyi-sembunyi. Mungkin juga aku akan menganggap gereja itu neraka bumi.

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on

St Mark's, Surbiton, London. A follower suggested me to apply some colours to my drawings. So.. Yay or nay? Sebab ramai yang tanya, aku cuba jawab. Aku mula melukis dari kecik lagi. Aku tak tahu macam mana aku boleh ingat, (tp ada gambar sebagar bukti.. Heh heh heh) mama aku penyumbang terbesar pada minat ni. Beliau prepare kertas lukisan & alatan melukis, set-up depan tv, pastu lukis sama-sama dengan aku masa kecik. Walaupun aku lukis merapu, mama tak pernah rasa watercolour & kertas-kertas yang dia supply kat aku tu satu pembaziran. Investment barangkali? Sampailah aku sekolah rendah & menengah, beliaulah yang encourage aku masuk pertandingan-pertandingan, yakinkan aku untuk wakil sekolah dan wakil-wakil lain yang berkaitan. Mama tak pernah sekali pun cakap lukisan aku buruk walaupun memang lukisan aku tu tahap longkang gila. Tu cara beliau pupuk & asah minat pada aku. So yeah.. Kalau ada soalan "dari mana belajar & mula melukis?".. Jawapannya dari Allah yang mengurniakan mamaku. ?

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on

Kingston Bridge, Kingston Upon Thames, London. . "Do you ever feel like giving up sketching? Why are you so into it?" . "It is one of the fun ways for me to appreciate the beauty of the creation of Allah" . "May i ask you something?" . "Of course" . "You said that you believe in heaven and hell, believe in one God. So you dedicate your life to please Allah. You do everything for the sake of God and follow the teachings of prophet Muhammad. Am i right?" . "Yup.. " . "So what is your response, if you die and you realise that God does not exists, and all your efforts are worthless?" . "Hmmm.. I honestly don't know.. But my response will definitely be better than those who just realise that heaven and hell exist, and it is too late to do anything." . Lalu kedua-duanya tersenyum.

A photo posted by Teme Abdullah (@itsteme) on

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...