“Lukisan Asli, Jauh Dari Pengaruh Ai” – Hasil ‘Assignment’ Pelajar Tahun 1980-an Buat Netizen Kagum

Teknologi

“Lukisan Asli, Jauh Dari Pengaruh Ai” – Hasil ‘Assignment’ Pelajar Tahun 1980-an Buat Netizen Kagum

Dengan kehadiran teknologi seperti AI, segala pencarian kini dapat dilakukan dengan mudah di hujung jari, hanya dengan sedikit usaha.

Namun, pada masa ini, banyak kerja yang dihasilkan dengan bantuan AI, menjadikan hasilnya kelihatan serupa dan kurang mempunyai ‘jiwa’.

Advertisement

Bagaimanapun, seorang pengguna platform Threads berkongsi sebuah tesis yang ditulis oleh pelajar pada zaman 1900-an, sebelum teknologi seperti komputer atau AI wujud.

Tesis bertajuk The Malay Houses In Malaysia, hasil tulisan Chan Fook Long, menunjukkan betapa hebatnya penulisan dan grafik yang dihasilkan meskipun kekurangan sumber dan teknologi.

thesis dulu duluSumber : Sumber : Threads 

Gambar yang dikongsikan memperlihatkan ilustrasi rumah tradisional Melayu yang dilukis dengan teliti menggunakan pen dan alat sederhana lain. Apa yang menarik perhatian ramai adalah penerangan bertulis tangan yang jelas, dengan gaya seolah-olah menggunakan mesin taip.

thesis dulu duluSumber : Sumber : Threads 
thesis dulu dulu Sumber : Threads

Rata-rata netizen di ruangan komen meluahkan kekaguman terhadap hasil kerja pelajar 1980-an yang sangat teliti dan kemas, walaupun tanpa teknologi canggih dan maklumat yang perlu dicari secara manual pada waktu itu.

Ada juga yang berkongsi tesis karya keluarga terdekat mereka yang turut memaparkan tulisan dan grafik klasik yang memikat.

Selain memuji hasil kerja yang luar biasa itu, ramai yang merasa terinspirasi untuk memperbaiki tulisan tangan mereka, walaupun kebanyakan urusan kini dilakukan menggunakan papan kekunci.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 month ago

"I'm Just Ai, Bro.." - Permintaan Lelaki Minta Grok Kecam Wanita Diabaikan, Diri Sendiri Yang Kena Sindir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...