November 13th, 2017

Pada pukul 6.30 petang Sabtu, 11 November lepas, penyanyi Lufya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.39 kg secara normal. Malah, suaminya,  Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom, 27, turut membantu menyambut kelahiran bayi itu dengan memotong tali pusatnya.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar, 32, menyampaikan kegembiraannya atas kelahiran bayi itu melalui akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, Lufya dan suaminya masih belum mendedahkan nama bayi itu, yang buat masa ini digelar Baby L.

Sekalung tahniah diucapkan buat Lufya atas kelahiran bayinya. Tak sabar nak tengok kecomelan bayi ini. Maklumlah, ibu bapanya pun bukan main comel. Selamat berpantang! – beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...