July 25th, 2016

Minggu lepas beberapa keping foto Lufya Omar bersama seorang jejaka yang dipercayai tunangnya telah tersebar di media sosial.

Untuk mendapatkan kepastian adakah benar Lufya sudah bergelar tunangan orang, pihak Media Hiburan telah menghubungi jejaka berkenaan iaitu Muhammad Hafiz Che Baharum.

Menurut Hafiz, beliau mengakui sudah pun mengikat tali pertunangan bersama Lufya pada awal bulan sebelum Ramadhan lepas. Mereka berdua sudah bercinta hampir setahun lamanya.

Majlis pertunangan mereka berlangsung secara sederhana sahaja di kediaman Lufya yang terletak di Damansara.

Kami telah berkenalan hampir setahun dan tahun kedua 2016 ini pada awal bulan sebelum puasa kami sudah pun mengikat tali pertunangan dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga kami sahaja. Majlis sederhana itu diadakan bertempat di kediaman rumah Lufya sendiri di Damansara.

Walau bagaimanapun untuk resepsi persandingan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini kami akan menjemput pihak media juga. Pun begitu, tempat dan lokasi resepsi masih lagi dalam perancangan, sampai masanya akan kami umumkan.

Antara sifat Lufya yang memikat hati Hafiz ialah wanita itu seorang yang ikhlas, amanah, jujur serta boleh bertolak ansur. Malah, Lufya juga memahami kerjayanya sebagai seorang doktor.

Lufya merupakan seorang yang jujur dan pegang amanah, bertolak ansur serta ikhlas dalam membuat sesuatu keputusan. Paling menambat hati saya, Lufya seorang yang sangat dekat dengan aktiviti dan pengajian agama Islam. Ada masanya ketika saya hubungi Lufya, dia sedang mengikuti kelas agama.

Soal kerjaya saya pun Lufya juga sudah faham. Walaupun sesibuk mana saya akan curi masa untuk menghubunginya.

Sama cantik dan sama padan Hafiz dan Lufya. Tahniah kami ucapkan kepada mereka berdua. Semoga segala perancangan untuk majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Media Hiburan


Comments are closed.

Loading...