Temui titik noktah apabila rumah tangganya bersama Dr Che Hafiz terlerai pada 17 Jun lalu, pwlakon Lufya Omar akui kecewa dengan tindakan bekas suaminya didakwa gagal menjalankan tugas sebagai bapa kepada anak mereka.
Menurutnya hampir setahun setengah bekas suaminya itu tidak berjumpa dengan anak perempuan mereka, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun, malah beliau juga turut menegaskan dirinya langsung tidak pernah menghalang Dr Che bertemu anak mereka.
“Hakikatnya saya tak pernah halang dia berbuat demikian. Dia nak jumpa anak saya okay. Saya dah cakap banyak kali siap ada bukti mesej. Saya cakap dia boleh datang rumah jumpa anak.”
Bahkan, Lufya juga amat mengagumi sifat pelakon Sharnaaz Ahmad yang sanggup menurunkan ego demi anaknya biarpun rumah tangga jejaka tampan itu berdepan kemelut.
“Saya betul-betul kagum dengan sifat pelakon Sharnaaz Ahmad. Dia turunkan ego dia, kemarahan dia dan sebagainya kerana anak. Anak saya perempuan, saya tak boleh terima.”
Tidak dapat menahan air mata memikirkan nasib anaknya yang membesar tanpa kasih sayang daripada seorang bapa, Lufya bagaimanapun menyatakan dirinya mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak membenarkan Dr Che berjumpa dengan anaknya selain daripada kawasan rumah.
Terdahulu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 ini telah disahkan bercerai selepas Dr Che tampil mengumumkan status perkahwinan mereka yang terlerai pada 17 Jun lalu kepada pihak media.
Sumber: mStar