Written by Bella | October 21st, 2019

Kemelut rumah tangga Lufya Omar dan Dr Che Muhammad Hafiz seakan tiada jalan penyelesaian. Kedua-duanya tidak henti berbalas kenyataan di media sosial demi mempertahankan diri masing-masing.

dr che hafiz sindir lufya

Terbaru, Lufya ketika membalas komen netizen menafikan dia menggunakan media sosial untuk membuka aib suami dan sengaja ingin menagih simpati. Jelas Lufya, kenyataannya sebelum ini hanya sekadar luahan perasaan, merasa kesal mengapa suaminya tidak hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes cerai mereka.

Dalam pada itu, Lufya berkata dia sudah penat melayan segala ‘drama’ suaminya itu dan meminta Dr Che Hafiz untuk tidak terus cuba meraih publisiti dan melengahkan lagi kemelut rumah tangga mereka.

lufya omar buka aib suami

Tutup la aib sendiri. Cepat selesaikan masalah bukan lari! Siapa yang drama? Saya dah penat la layan drama. Siapa yang nak perhatian ini sebenarnya? Nak terkenal semata-mata ke?

Berhenti jadi budak-budak jadi la lelaki. Saya penat, saya ada anak yang memerlukan saya lebih daripada nak layan drama dia.

lufya cerai

Terdahulu, Lufya berkata dia sudah lama memendam perasaan serta bersabar dan enggan lagi meneruskan perkahwinan yang disifatkan penuh negatif dan toksik. Jiwanya didera apabila berlakunya penganiayaan, selain mendakwa sudah empat bulan digantung tidak bertali.

Sumber Berita : mStar Online

19 responses to Lufya Omar Nafi Buka Aib Suami, Sengaja Tagih Simpati

  1. Anonymous says:

    cuba cerita skit perangai sebenarnye haaa

  2. kakikucinghitam says:

    kadang2 kt socmed baru dpt action dr pihak sana.. org laki kalau perangai huduh, mmg huduh lahh segalanya2.. mmg dia akan menyusahkan org pompuan sampai ke lubang cacing.. kos cerai bukan murah bukan sennag masa lg terbuang.. kalau pompuan bekerja, ingt sennag nkamek cuti tiap mggu nk p court?

  3. lilo says:

    aku rasa mmg lufya dr awl lg dok cerita psl pukul2 tak balik rumah apa semua, so both side mmg salah tp taknak mengaku siap kena sound budak tu

  4. unknown says:

    ape pun medsoc bukan tempat untuk share masalah.. x kira kau betul ke salah

  5. dr che hafiz badigol says:

    dr pembelit mmg macam tuh.. kalau x salah napa x dtg…konon dah bgtau..gile menipu…kau ingat org tuh budak2 ke….dr ni lama2 semua org tau perangai dia…btw ramai je tau perangai dr sebenar ni….acah2 baik n x salah…x lama je lg semua org akan tau la kau sapa…..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini