Pelakon dan personaliti TV, Lufya Omar mempertahankan tuntutan mutaah terhadap bekas suaminya, Dr Che Hafiz berjumlah RM1 juta yang dituntutnya sebelum ini.
Ujar Lufya yang ditemui baru-baru ini bagi sebutan kes berkenaan, tuntutan tersebut adalah sebagai menghargai pengorbanannya ketika mereka berdua masih bergelar suami isteri.
Saya harap mahkamah dapat membuat keputusan mutaah yang munasabah atas pengorbanan saya selama ini. Selepas berkahwin saya perlahankan kerjaya seni demi menjaga suami.
Peguam syarie mewakili Lufya, Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan sebutan kes pada Rabu ada menyentuh mengenai sumbangan Lufya terhadap karier defendan.
Dalam sesi hari ini antara yang dibangkitkan adalah sumbangan Lufya terhadap kerjaya bekas suami. Dia menjadi terkenal disebabkan berkahwin dengan Lufya.
Jika tiada Lufya, nama tidak melonjak naik dan kerjayanya tidak berkembang.
Terdahulu, Lufya memfailkan tuntutan mutaah terhadap Dr Che Hafiz pada Oktober 2022.
Pasangan itu sebelum ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.
Hasil perkongsian hidup mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Laana Haura yang kini berusia 7 tahun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.