Walaupun kerajaan sekarang melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada yang bersyarat sahaja, tetapi rakyat Malaysia seharusnya masih lagi berhati-hati apabila hendak keluar daripada rumah.
Bahkan warga emas dan kanak-kanak juga dinasihatkan supaya terus tinggal di rumah kerana senang terdedah dengan bahaya wabak COVID-19 ini. Walaubagaimanapun, tindakan Lufya membawa anak perempuannya iaitu Laana Haura keluar ke pusat membeli-belah telah menerima kecaman netizen.
Menurut kapsyen yang ditulis dalam entri tersebut, pelakon wanita itu terpaksa keluar membawa anaknya sekali untuk membeli barang keperluan dan baju raya. Bukan tidak mahu mematuhi peraturan tetapi memang tiada siapa yang boleh menjaga Laana pada ketika itu.
Pun begitu, terdapat seorang individu yang telah mempersoalkan tindakannya yang dianggap sebagi tidak sensitif terhadap situasi genting sekarang ini.
“Kenapalah di bawa anak tu keluar, perdana menteri dah bagi kelonggaran keluar bukan untuk merisikokan anak… kalau sebelum ni boleh beli keperluan tanpa bawa anak, kenapa sekarang tak boleh?”
Individu itu juga mengatakan bahawa tidak perlu membawa keluar anak itu sekiranya hanya mahu membeli pakaian, ukur sahaja badannya terlebih dahulu. Malah, dia juga meluahkan rasa risau sekiranya perkara yang tidak diingini mungkin akan berlaku.
Tidak melatah, Lufya membalas komen tersebut dan menjelaskan keadaan yang memaksa dia bertindak membawa juga Laana keluar.
“Puting, botol semua dah pecah, pampers pun habis… tak ada siapa nak jaga dekat rumah! Aduhai mak akan buat apa yang termampu.”
Lufya turut menegaskan bahawa anak perempuannya itu telah dilengkapi dengan pelbagai item perlindungan seperti topi dan juga topeng muka.
Mengakhiri perdebatan itu, Lufya berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatannya.
nana
May 21, 2020 at 8:43 am
paham la nk keluar beli brg tp tak ada org jaga anak. tp yg bodoh g share tu kenapa? ala2 ada medsoc semata2 nk tunjuk bebal, nk tunjuk riak n nk tunjuk bagosssss!!!!. benda 2 mcm tu tak yah la share, share la gmbr lain. harap make je tebal tp otak kecik.
Mazni Mustapha
May 20, 2020 at 1:33 pm
Mmg bole beli online, tapi pampers susu budak , online pos sebulan tknsampai lg ni.. mcm mn…sy pon ada kawan ibu tunggal, memang terpaksa heret anak ke pasarraya..nk tinggalkan kat saoe.. mai kita cuba fahami situasi dia ni.
Anonymous
May 20, 2020 at 1:18 pm
kalau sebab puting atau pampers habis utk dijadikan alasan, rsnya tak munasabah. ada je org yg bukan single mom or dad pun, beli je online semua barang2 tu. come on, bukan alasan lah
Sengal
May 20, 2020 at 9:33 am
Internet dia cuma guna utk kecam laki dia je. Lain2 dia taktau guna
Lily
May 20, 2020 at 9:32 am
sebagai single mom ada anak kecik yg family duk dkt negeri lain, i truly understand..igt kita tak fikir ke sblm bawak keluar.kalau ada netizen yg boleh tlg jaga sejam dua di persilakan.duk kat apartment/kondo kat KL kau ada ingat ada plak neighbor nak offer jaga anak kau