Episod pergolakan rumah tangga penyanyi dan pelakon Lufya Omar bersama Dr Che Muhammad Hafiz belum lagi tamat dan bertambah panas. Terbaru, Lufya seakan memberi bayangan pernah dipukul suami ketika sedang hamil.
Menerusi Instagram, Lufya berkongsi perbualan dengan seorang wanita yang turut mengalami nasib sama. Malah, wanita itu juga meminta Lufya menyimpan dan menyorok gambar bukti kecederaan daripada pengetahuan suaminya.
Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Lufya ketika menjawab persoalan netizen seperti mengiyakan bahawa dirinya pernah dipukul suami ketika hamil.
Terdahulu, krisis rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai selepas Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.
Beautiful Norra
September 25, 2019 at 11:32 am
Mengaku jea lah ex-hubby kau geng kunyit…FULL STOP….!!
Anonymous
September 24, 2019 at 11:40 am
pung pang kecoh kt socmed… tunjuk kt sume org dpt suami durjana… last2 takat nk kongsi jerrr keburukan suami bukan utk bercerai…. seronok dgn aktiviti memalukan suami… haaa kan ingat suami tuh akan stay… terus jatuhkan talak xpikir panjang… wasup pun wasup laaa…
bila nak g mahkamah ni…. xkan nk kecoh kt socmed jerrr