Written by Irsa | November 19th, 2019

Nampaknya kemelut rumah tangga selebriti Lufya Umar dan pasangannya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum kian meruncing. Pergolakan perkahwinan mereka mula dihidu pihak media apabila wanita itu mendedahkan bahawa dia sering didera oleh suaminya sehingga meninggalkan kesan parut.

Setelah dihencap netizen, Lufya mendedahkan bahawa suaminya yang juga merupakan seorang doktor itu telah melafazkan cerai terhadapnya menerusi aplikasi Whatsapp.

lufya bingung suami tidak jadi bercerai

Pun begitu, timbul rasa hairan apabila Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, kelmarin. Bahkan Lufya juga meluahkan rasa kelirunya mengenai keputusan suaminya itu.

Saya tidak boleh komen banyak kerana masih dalam prosiding mahkamah. Tapi apa yang peliknya, sebelum ini suami saya sudah melafazkan cerai menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan di beberapa portal media.

Namun, hari ini lain pula yang jadi apabila dia bertindak menarik balik lafaz tersebut dan enggan menceraikan saya. Saya pelik.

Apabila ditanya kepada Hafiz, dia lebih senang mengunci mulut dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai keputusannya itu.

lufya bingung suami tidak jadi bercerai

Tambahnya lagi, dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada Laana Haura.

Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan mengabaikannya. Pada masa yang sama, saya takkan pisahkan anak dengan Lufya,” katanya.

Selepas keputusan itu, Hakim Syarie telah menetapkan 10 Disember depan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes selain melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Sumber: Gempak

Kredit foto: mStar Online

Tinggalkan Komen Anda Di Sini