March 17th, 2020

Beberapa bulan melalui episod duka dan kemelut rumah tangganya masih belum berkesudahan lagi, pelakon dan penyanyi Lufya Omar bagaimanapun enggan terus membiarkan perkara itu mengganggu dirinya.

lufya omar pesanan pasangan bercerai

Lufya tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa bersama anak tunggalnya, Laana Haura yang bakal memasuki usia dua tahun.

Advertisement

Menerusi akaun Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur tidak terhingga betapa dia bertuah diberikan peluang untuk menjaga cahaya matanya. Menurut Lufya, Laana membesar dengan baik dan sangat memahami keadaannya.

lufya omar pesanan pasangan bercerai

Pada masa yang sama, Lufya sempat menitipkan pesanan serta nasihat berguna buat pasangan diluar sana yang berpisah tentang pentingnya tanggungjawab mereka terhadap anak masing-masing.

Ketepikan segala rasa dendam serta ego dan jangan bersikap mementingkan diri sendiri kerana kebahagiaan anak-anak lebih penting. Berikanlah mereka perhatian serta kasih sayang yang secukupnya.

lufya omar pesanan pasangan bercerai

Terdahulu, pada sekitar November tahun lalu rumah tangga Lufya dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz,  menjadi perhatain ramai apabila dia memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin pada September 2019. Malah, dia digantung tidak bertali selama beberapa bulan.

Kemelut rumah tangganya terus berpanjangan apabila Hafiz enggan menceraikan Lufya.

Advertisement

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...