Lufya Omar Bengang Kena ‘Body Shaming’ Oleh Artis Veteran Depan Orang Ramai?

Hiburan

Lufya Omar Bengang Kena ‘Body Shaming’ Oleh Artis Veteran Depan Orang Ramai?

Baru-baru ini, pelakon Lufya Omar ada meluahkan rasa terkilan dengan sikap biadap seorang artis veteran wanita yang memalukan beliau depan orang ramai dengan mempersendakan bentuk badannya yang sedikit berisi selepas melahirkan anak sulungnya tahun lalu.

Advertisement

Walaupun hatinya terguris dengan perbuatan artis itu yang secara jelas melakukan ‘body shaming’, Lufya bagaimanapun mempunyai prinsip sendiri dan enggan mengaibkan wanita itu meskipun netizen tertanya-tanya siapakah gerangan artis veteran tersebut.

Saya masih tetap dengan pendirian saya iaitu tidak mahu mendedahkan nama artis veteran yang bersikap biadap menegur bentuk badan saya secara umum. Sebab saya tak nak mengaibkan dia seperti mana dia mengaibkan saya di sebuah majlis baru-baru ini.

Saya terkejut juga dengan apa yang dikatakan wanita itu. Sebab setahu saya, masa dia muda badan dia langsing tapi sekarang dah berisi. Jadi, kenapa dia perlu mempersendakan bentuk badan orang lain sedangkan dia juga sama. Saya tidak kisah jika dia mahu menyapa saya tanpa biarlah ada cara.

Betul kata Lufya, biarpun anda seorang yang senior dalam industri hiburan, jagalah adab ketika berbicara dan jangan merendah-rendahkan orang lain. Biasalah, kalau seorang wanita lepas bersalin pasti badan berisi sikit, sepatutnya berilah motivasi kepada Lufya. Betul tak?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...