Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lufya Minta Bekas Suami Pilih Kawan Yang Baik, Sebut Sharnaaz Ahmad Sebagai Bapa Bertanggungjawab

lufya omar dan che muhammad hafiz

Selepas melalui episod duka sendiri dengan perkahwinannya yang hanya bertahan separuh jalan, Lufya Omar telah menyebut nama Sharnaaz Ahmad sebagai antara figura yang patut dicontohi kerana tetap memikul tanggungjawab sebagai bapa walaupun rumah tangganya turut dilanda badai.

Jelas Lufya, dia berasa kagum dengan sikap lelaki itu dan Noor Nabila yang sanggup menolak ketepi ego masing-masing demi kebahagiaan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

Advertisement

dr che hafiz tolak dakwaan songsang Sebenarnya penyanyi wanita itu hanya menyebut mengenai hal tersebut selepas dia ditanyakan mengenai perkembangan dirinya selepas sah bercerai dengan Dr Che Muhammad Hafiz beberapa hari lepas.

Menurutnya, dia tidak pernah menghalang bekas suaminya itu untuk berjumpa dengan anak mereka, Laana Haura tetapi malangnya lelaki itu langsung tidak datang ke rumah.

“Padahal saya sudah maklumkan kepadanya, kalau tak nak jumpa di rumah, boleh ke kawasan ‘club house’ yang ada menyediakan perpustakaan serta taman permainan.”

Lufya turut mengakui bahawa kehidupannya kini lebih bahagia. Namun hati seorang ibu akan sentiasa risau apabila mengenangkan nasib anaknya.

“Saya bahagia tapi bila sentuh pasal anak, ia melemahkan hati seorang wanita. Saya harap, semua dapat doakan supaya dia (bekas suami) bersetuju untuk berbincang dengan baik.”

Bahkan disebabkan isu rumah tangga yang dialami oleh mereka sejak sekian lama, hasrat untuk membawa anak perempuannya itu pergi menjalani ibadah Umrah juga tersangkut.

lufya omar dan laana haura

Dalam pada itu, Lufya sempat berpesan kepada Che Muhammad Hafiz supaya memilih kawan-kawan yang sesuai. Katanya, rakan yang baik akan menasihati kita melakukan perkara yang baik sahaja.

“Bukannya, mereka beri nasihat yang tidak sewajarnya dan bawa pula ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.”

Meskipun terpaksa melalui jalan hidup yang sukar, wanita itu bersyukur kerana teman-temannya ada bagi memberikan sokongan kepadanya.

Advertisement

Semoga Lufya dan Laana terus hidup bahagia selepas ini.

Sumber: Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    July 20, 2020 at 10:07 am

    tak habis2 dia ni. naik menyampah pulak macam tak boleh nak move on. dah2 la tu pikir pasal anak je dahhh

    • feldegast

      July 20, 2020 at 10:53 am

      Hak dia, biarlah dia nak minta si bapa bertanggungjawab. Sejak bila pulak dah cerai bapa boleh lepas tangan? Smapai besar pun bapa kena tanggungjawab, nak jadi wali lagi. Jangan jadi macam Toki, lupa anak bini dah tua anak disalahkan tak jaga bapa.

      Nak tuntut nafkah tu hak dia ye.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top