Written by serenity | September 19th, 2015

Kini, semakin ramai artis wanita yang mengenakan tudung. Ia dikira satu perkembangan yang baik, apatah lagi buat artis yang masih muda seperti Lufya. Wanita itu mula mengenakan hijab pada 2 Februari tahun ini, namun telah menghadapi beberapa cabaran. Dia memberitahu mStar Online:

Selepas berhijab, ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon tetapi dengan syarat saya perlu berlakon tanpa tudung dan bayarannya juga lumayan.

Tetapi saya anggap perkara ini sekadar ujian Allah yang mahu menguji iman kita. Ada juga beberapa dugaan lain sepanjang saya bertudung ini.

Alhamdulillah, saya berjaya mengharunginya dan dapat melihat hikmah di sebaliknya.

 photo 11950584_1500542756910020_1795635715_n.jpg

Gambar: Instagram Lufya

Lufya memberitahu dia masih mendapat tawaran lakonan tetapi bayarannya tidak lumayan, namun yang penting baginya ialah keberkatan.

Tawaran lakonan pula tidak pernah putus. Diakui ia tidaklah lumayan, tetapi saya dapat rasa keberkatan wang itu, tidak mudah habis.

 photo 11881780_916445081760766_1262874408_n.jpg

Gambar: Instagram Lufya

Bersesuaian dengan imej yang ditampilkan, Lufya bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan dan mahu berlakon lebih dalam produksi drama islamik.

Saya bersyukur apabila ramai yang menyokong kerjaya saya, jadi saya mahu membalasnya dengan berdakwah menerusi lakonan dengan memilih watak-watak Islamik.

Tambahan pula, watak Islamik lebih sesuai dengan penampilan saya sekarang ini.

Biasalah tu, setiap individu mempunyai halangan dan cabaran yang tersendiri. Yang penting cabaran ini tidak melunturkan semangat kita untuk mempraktikkan apa yang kita percayai. Semoga Lufya terus istiqamah dengan penghijrahannya.

SNAPSHOT 5 Kumpulan yg akan BERJUANG bagi merebut JUARA Lantai Cilik Musim Ketiga! Dtg berikan sokongan kpd perjuangan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 15 September 2015

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

9 responses to Lufya Ditawar Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung Untuk Berlakon

  1. melati says:

    Nk tarik perhatian pun agak2 lah Lufya….ini semua tektik nk Femes balik….org Penang kater Pungkok hg …!!!!!!

    0

    0
    • hantu longkang says:

      betol tu..aku yg suka tgk tv ni bape kali je tgk muka si lufya ni berlakon..betol ke ada pengarah sanggup byr mahal sbb nk ambil dia ni???agak confuse disini

      0

      0
      • Anonymous says:

        tudung/hijab kena labuh hingga cecah at least ke hujung bahu, tutup bahagian dada dan seluar, dress dan blouse tidak ketat dan tidak mengikut shape body. artis2 malaysia ramai masih x paham. kasihanilah mereka. harap ada yg menegur. jangan la berhijab tapi masih bertelanjang. jangan tutup kepala tapi bentuk badan terang2 tunjuk pada semua. kan dah hilang pahala menjaga aurat. ramai yg x paham konsep ni. hijabster.. adalah konsep drp negara2 timur/eropah yg mengamalkan sekular mengikut pahaman2 yg telah bercampur aduk dengan unsur2 yahudi dan kristian. jaga2 memilih hijab. jangan sampai terpesong akidah.

        0

        0
    • semah says:

      minah poyo gitu ler. make up bkn main tebal!

      0

      0
  2. Sarang says:

    Alhamdulillah syukur. Perubahan yg sgt positif. Rezeki itu ada. Pcaya pd Allah. Semoga terus istiqamah ye Lufya. :)

    0

    0
  3. Bellalicious says:

    Omey omey nya ye… :-*

    0

    0
  4. zaza says:

    kembar seiras hang,zarina ann julie apa khabar? haha
    kelakar tgok diorang bergadoh dulu.

    0

    0
  5. ntah…antara yg paling semak aku rase sejak behijap nih…aduh…

    0

    0