Lufya Ditawar Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung Untuk Berlakon

Hiburan

Lufya Ditawar Bayaran Lumayan Jika Buka Tudung Untuk Berlakon

Kini, semakin ramai artis wanita yang mengenakan tudung. Ia dikira satu perkembangan yang baik, apatah lagi buat artis yang masih muda seperti Lufya. Wanita itu mula mengenakan hijab pada 2 Februari tahun ini, namun telah menghadapi beberapa cabaran. Dia memberitahu mStar Online:

Selepas berhijab, ada beberapa produksi yang menawarkan saya berlakon tetapi dengan syarat saya perlu berlakon tanpa tudung dan bayarannya juga lumayan.

Tetapi saya anggap perkara ini sekadar ujian Allah yang mahu menguji iman kita. Ada juga beberapa dugaan lain sepanjang saya bertudung ini.

Alhamdulillah, saya berjaya mengharunginya dan dapat melihat hikmah di sebaliknya.

 photo 11950584_1500542756910020_1795635715_n.jpg

Gambar: Instagram Lufya

Lufya memberitahu dia masih mendapat tawaran lakonan tetapi bayarannya tidak lumayan, namun yang penting baginya ialah keberkatan.

Tawaran lakonan pula tidak pernah putus. Diakui ia tidaklah lumayan, tetapi saya dapat rasa keberkatan wang itu, tidak mudah habis.

 photo 11881780_916445081760766_1262874408_n.jpg

Gambar: Instagram Lufya

Bersesuaian dengan imej yang ditampilkan, Lufya bersikap selektif dalam memilih tawaran lakonan dan mahu berlakon lebih dalam produksi drama islamik.

Saya bersyukur apabila ramai yang menyokong kerjaya saya, jadi saya mahu membalasnya dengan berdakwah menerusi lakonan dengan memilih watak-watak Islamik.

Tambahan pula, watak Islamik lebih sesuai dengan penampilan saya sekarang ini.

Biasalah tu, setiap individu mempunyai halangan dan cabaran yang tersendiri. Yang penting cabaran ini tidak melunturkan semangat kita untuk mempraktikkan apa yang kita percayai. Semoga Lufya terus istiqamah dengan penghijrahannya.

SNAPSHOT 5 Kumpulan yg akan BERJUANG bagi merebut JUARA Lantai Cilik Musim Ketiga! Dtg berikan sokongan kpd perjuangan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 15 September 2015

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...