“Ludah Sebab Rasa Renjatan Elektrik” – Pengurus Perjelas Tindakan Noh Salleh Sebab Mahu Alih Rasa Sakit

Hiburan

“Ludah Sebab Rasa Renjatan Elektrik” – Pengurus Perjelas Tindakan Noh Salleh Sebab Mahu Alih Rasa Sakit

Tular rakaman menunjukkan vokalis Hujan, Noh Salleh meludah ke arah penonton ketika sedang membuat persembahan di satu konsert baru-baru ini.

Tindakan Noh itu mengundang kritikan dan kecaman ramai pihak terutamanya di media sosial yang berpendapat penyanyi tersebut makin teruk selepas bercerai.

Advertisement

Malah, ada yang berkata Noh memang patut ditinggalkan bekas isteri disebabkan tingkah lakunya itu apatah lagi Mizz Nina dikenali dengan imej yang sopan dan solehah.

2 years ago

"Memang Patut Kena Tinggal!" - Ludah Pada Peminat, Netizen Dakwa Noh Salleh Makin Teruk Lepas Cerai

Bagaimanapun, pengurusnya, Ahmad Ariffin menjelaskan bahawa penyanyi tersebut tidak berniat untuk melakukan perkara itu.

Menjelaskan hal sebenar, Ariffin berkata Noh meludah ke atas pentas dan ia tidak terkena pada penonton yang dipisahkan dengan besi penghadang.

Tambahnya lagi, Noh meludah kerana dia terkena renjatan elektrik ketika meletakkan mikrofon dekat dengan bahagian mulutnya.

Noh terasa seperti ada renjatan elektrik ketika meletakkan mikrofon dekat dengan mulutnya. Bagi mengalihkan rasa sakit, Noh secara spontan meludah.”

Ariffin juga berkata pihaknya memohon maaf jika ada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan perbuatan Noh itu atau jika ada yang terkena tempias ludah.

Dia turut berterima kasih kerana masih ramai orang yang prihatin dan terus mendoakan yang terbaik untuk Noh.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...