Lucu, Soalan Anak Ini Kepada Ibunya Buat Ramai Terhibur

Trending

Lucu, Soalan Anak Ini Kepada Ibunya Buat Ramai Terhibur

Semakin hari umur anak-anak kita semakin meningkat dan sudah menjadi tuntutan agama buat para ibu bapa untuk cuba asingkan tempat tidur mereka bagi menjaga keharmonian dalam hubungan kekeluargaan.

Bila kita berbual dengan anak-anak terutamanya anak yang masih kecil, mesti ada antara kita yang pernah alami situasi di mana suasana yang serius bertukar menjadi suasana yang penuh dengan gelak tawa.

Advertisement

6 bulan lalu

(VIDEO) "Hang Turun!" - Anak Panjat Pintu, Gaya Si Bapa Membebel Buat Netizen Berdekah

Anak-anak kecil ini masih banyak benda yang mereka belum tahu dan lumrah anak-anak ini apabila setiap tindakan atau keputusan yang dibuat oleh ibu bapanya akan ditanya dek kerana sifat ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka.

Disebabkan itu, kita sebagai ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik dan perlu bersedia untuk menjawab persoalan-persoalan serta rasa curiga anak-anak pada masa yang tidak diduga.

Anak curiga kenapa dia perlu tidur bilik asing sedangkan bapa boleh tidur sebilik dengan ibu

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada pengguna bernama hawa_aje yang memaparkan wanita tersebut bersembang dengan anak perempuannya ketika mereka berada di dalam kereta.

Advertisement


Apa yang melucukan adalah apabila secara tiba-tiba anak perempuannya itu bertanya kepadanya mempersoalkan kenapa ayahnya boleh tidur sebilik dengan ibunya sedangkan dia dan adik-beradiknya yang lain perlu tidur di bilik yang asing.

Luahan anak perempuannya mengatakan yang ayahnya penakut kerana selalu tidur sebilik dengan ibunya telah membuatkan wanita tersebut ketawa tidak kering gusi. Perkongsian video tersebut juga berjaya meraih tumpuan orang ramai.

“Papa dari dulu memang takut gelap dik, sebab tu mama kena temankan”

Setakat ini , perkongsian video tersebut telah berjaya meraih sebanyak 1.1 juta tontonan, 97.6 ribu tanda like dan 2.6 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur dengan soalan yang diberikan oleh anak perempuan itu kepada ibunya.

Ada juga yang berseloroh mengatakan ibunya perlu menemakan ayahnya dan tidur di bilik yang sama kerana ayahnya itu takut gelap. Ada-ada sahaja lah korang ni.

Tidak kurang juga yang meminta wanita tersebut supaya melakukan video lain untuk melihat bapanya menjawab persoalan anak perempuannya itu.

Komen di tiktok tentang gelagat lucu seorang anak bertanyakan soalan kepada ibunya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Komen di tiktok tentang gelagat lucu seorang anak bertanyakan soalan kepada ibunya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Apa-apa pun, sememangnya itulah gelagat anak-anak kita dalam umur yang sedemikian. Bukan sekadar soalan berkaitan tempat tidur sahaja malahan banyak lagi soalan-soalan lain yang bakal ditanya anak-anak ketika mereka dalam proses melangkah ke alam dewasa.

Advertisement

Yang penting, kita sebagai ibu bapa perlu menjawab persoalan mereka itu dengan cara yang sebaik mungkin supaya mereka faham serta membimbing mereka dengan betul.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...