“Lucu, Pelupa, Suka Layan Saya..” – Ibu Shuib Akui Watie Banyak Persamaan Dengan Sarah

Hiburan

“Lucu, Pelupa, Suka Layan Saya..” – Ibu Shuib Akui Watie Banyak Persamaan Dengan Sarah

Ibu kepada pelawak, Shuib iaitu Salamiah Jalani meluahkan rasa syukur apabila anakya terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga selepas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Menurut Salamiah, bukan mudah untuk Shuib menerima wanita lain dalam hidupnya dan menggatikan ibu kepada anak-anaknya.

Advertisement

Malah, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad tidak yakin untuk berumah tangga kerana memikirkan penerimaan anak-anak.

Dalam pada itu, Salamiah menyifatkan bakal menantunya, Watie Hanifiah sebagai seorang wanita yang baik dan bersabar dengan anak-anak.

Bukan itu sahaja, ibu kepada pelawak itu juga berkata Watie juga mempunyai banyak persamaan dengan arwah Siti Sarah.

Dia macam arwah, kalau kita marah dia masih lagi datang kepada kita dan minta maaf.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Sikap pelupa pun sama dengan arwah.. Lagi satu apa yang sama adalah dia seorang yang suka melayan saya.

Jelasnya lagi, Salamiah menyifatkan bakal menantunya itu rajin melayan permintaannya setiap kali berkunjung ke rumahnya.

Seperti arwah juga, kalau saya teringin nak makan apa-apa, dialah orang yang sibuk akan dapatkan atau masakan untuk saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff syukri
2 years ago

"Acah Alim, Pakai Beg Prada.." - Aliff Syukri Hilang Sabar 'Founder' Tudung Sarung Liat Bayar Hutang Berjuta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...