Blessing Okagbare merupakan seorang atlet olahraga lompat jauh yang berasal dari Nigeria. Beliau juga adalah merupakan pemenang pingat perak bagi acara lompat jauh kejohanan Olimpik Beijing 2008. Keupayaan beliau di dalam acara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana telah banyak memenangi pingat di dalam kejohanan yang disertai.
Namun baru-baru ini, ketika kejohanan Oslo Diamond League bagi acara lompat jauh wanita berlangsung, satu insiden yang agak melucukan telah berlaku dan mungkin menjadi satu mimpi ngeri bagi atlet ini. Nak tau apa yang berlaku boleh la kita layan video di bawah ya…
Seperti dapat di lihat di dalam video di atas, rambut palsu Blessing telah tercabut ketika percubaan lompatan dilakukan. Di dalam percubaan tersebut, beliau telah berjaya membuat lompatan sejauh 6.21 meter.
Di dalam video tersebut juga dapat kita lihat pengadil garisan juga tertawa dengan insiden yang berlaku. Namun apa yang lebih menarik lagi di sini adalah aksi selamba Blessing seperti tiada apa-apa yang berlaku selepas insiden itu. Mungkin ini adalah yang membezakan mental di antara seorang amatur dan profesional.