Seperti yang kita tahu, aktiviti perkelahan dan perkhemahan termasuk piknik sudah dibenarkan oleh pihak kerajaan untuk individu yang lengkap dos suntikan vaksin covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Kebenaran tersebut adalah termasuk dalam beberapa kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Selain itu, aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga dibenarkan bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.
Dengan kebenaran untuk melakukan aktiviti perkelahan dan perkhemahan termasuk piknik itu, pantai merupakan antara lokasi kegemaran ramai untuk lakukan aktiviti tersebut bersama keluarga serta rakan-rakan.
Sekumpulan gadis terus panik dan gelabah mengemas makanan ketika piknik selepas lihat air pantai makin dekat
Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan sekumpulan gadis terpaksa berdepan dengan situasi cemas ketika berpiknik.
Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang berada di salah sebuah pantai untuk berpiknik bersama-sama. Mereka dilihat menyusun makanan dan minuman di atas sehelai kain di tepi pantai tersebut.
Namun, apa yang membuatkan ramai penonton perkongsian video tersebut terhibur adalah apabila keadaan makanan dan minuman yang telah mereka susun itu tidak bertahan lama selepas mereka mula menyedari air pantai semakin dekat.
Lebih melucukan apabila situasi tersebut membuatkan masing-masing gelabah dan kelam kabut untuk mengangkat kesemua makanan dan dialihkan jauh daripada air pantai itu.
“Yang duduk dekat sangat tu kenapa hahaha”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 217 ribu tontonan, 13.5 ribu tanda like dan 317 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat gadis-gadis tersebut yang panik dan gelabah.
Ramai juga yang tertanya-tanya mengapa mereka mengambil keputusan untuk menyusun makanan serta minuman tersebut begitu rapat dengan air pantai. Memang boleh terjadi lah situasi sebegitu kan?
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara