Lucu, Cara Adik Keringkan Pinggan Buat Kakak ‘Geram’

Trending

Lucu, Cara Adik Keringkan Pinggan Buat Kakak ‘Geram’

Seperti yang kita tahu, memiliki adik beradik sebenarnya sangat menyeronokkan. Tidak kisah lah sama ada ianya seorang abang, kakak, mahupun adik. Ini adalah kerana, secara semulajadinya kita sudah mempunyai kawan tanpa perlu mencari kawan.

Hubungan biologi yang tercipta secara semulajadi ini akan membuatkan kita lebih rapat dan akrab dengan adik beradik kita. Kalau ada pergaduhan atau perselisihan faham yang mungkin terjadi antara kita dengan adik beradik pun biasanya tidak akan berpanjangan.

Advertisement

4 years ago

Semangat Girl Power! Adik Beradik Bantu Hasilkan Kolam Sendiri Dengan Kos RM3,000 Sahaja

Kehadiran adik beradik adalah sesuatu perkara yang sepatutnya kita syukuri kerana mereka juga adalah orang yang dapat menghiburkan hari-hari kita. Lebih-lebih lagi, bertambah seronok jika mereka memang jenis yang ‘gila-gila’ dan sekepala dengan kita.

Seorang wanita memesan kepada adiknya supaya keringkan pinggan dulu sebelum letak di rak, namun perangai si adik undang ketawa

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada pengguna bernama mimihusen_ yang memaparkan seorang wanita berasa ‘geram’ dengan perangai lucu adiknya.

Dalam perkongsian video tersebut, wanita tersebut yang juga merupakan seorang kakak telah meminta tolong adiknya untuk membasuh pinggan di dalam sinki.

Dia juga memesan kepada adiknya supaya mengeringkan pinggan-pinggan yang telah dibasuh itu terlebih dahulu sebelum menyusunnya di atas rak.

Apa yang melucukan adalah apabila dia keluar semula selepas beberapa minit untuk melihat kerja yang dibuat adiknya dan mendapati pinggan-pinggan tersebut sudah berada di dalam peti ais. Kononnya, si adik mahu cepat untuk mengeringkan pinggan tersebut.

Lebih menghiburkan ramai orang apabila si kakak kelihatan terkejut melihat semua pinggan di dalam peti ais itu sudah beku dan melekat kerana ditinggalkan terlalu lama.

“Risau lama-lama duduk rumah ni, sel-sel otak berhubung dengan terlalu baik”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 238.6 ribu tontonan, 48 ribu tanda like dan 854 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat perangai adiknya yang diluar jangkaan itu.

Adik keringkan pinggan dalam peti ais

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Adik keringkan pinggan dalam peti ais

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan situasi tersebut berlaku kerana sel-sel otak adik wanita itu telah berhubung dengan sangat baik disebabkan duduk rumah terlalu lama.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman memiliki adik yang mempunyai perangai sama seperti adik wanita tersebut. Ada-ada saja la ya perangai lucu adik-adik anda semua.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...