Lucu, Aksi Selamba Gadis Tidur Di Katil Kedai Perabot

Trending

Lucu, Aksi Selamba Gadis Tidur Di Katil Kedai Perabot

Tidak dinafikan, mesti kita selalu buat kerja-kerja gila bersama kawan baik kita kan? Ada sahaja idea yang muncul dalam kepala, lagi-lagi kalau dapat kawan yang sekepala dengan kita. Kadangkala, sampai kita sanggup buat sesuatu yang diluar jangkaan bila bersama dengan kawan kita itu.

3 years ago

'Prank' Tangan Patah, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Rakan

Advertisement

Sudah semestinya pengalaman yang dikongsi bersama ketika melakukan kerja gila tersebut akan sentiasa berlegar di ingatan dan menjadi kenangan manis yang boleh dijadikan bahan ketawa pada masa akan datang.

Gadis tidur di katil kedai perabot?

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan gelagat seorang gadis dengan selambanya tidur di katil kedai perabot.

Menerusi video tersebut, rakan gadis itu yang juga merupakan pemilik akaun TikTok tersebut dilihat sedang merakam suasana di dalam kedai perabot itu.

Namun, perkara yang menjadi tumpuan netizen adalah gelagat gadis tersebut berlakon sedang tidur nyenyak di atas katil yang mempunyai tilam empuk di kedai perabot itu. Bukan setakat tidur sahaja, siap berselimut ya!

Gelagat lucu dan selamba gadis tidur di katil kedai perabot

Aksi selamba gadis tersebut tidur di katil kedai perabot – via TikTok

Gadis itu kemudiannya terus bangun selepas rakannya itu mengejutnya dan cepat-cepat mengemas kembali katil sebelum pekerja kedai perabot tersebut tiba.

Perkara yang melucukan dalam video tersebut adalah reaksi gadis itu ketika rakannya mengejutnya bangun kerana dia berlakon seperti betul-betul baru bangun tidur dan seakan tiada apa-apa yang berlaku.

“Lawak gila la, macam betul-betul tidur”

Perkongsian video tersebut setakat ini telah mendapat sebanyak 400.3 ribu tontonan, 35.4 ribu tanda like dan 1.1 ribu komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lucu gadis tersebut dan ada juga yang menyangka dia betul-betul tidur di katil rumahnya.

Komen netizen tentang aksi selamba gadis tidur di katil kedai perabot

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Lebih mencuit hati, ramai yang menyatakan mereka turut gelak apabila melihat gadis tersebut gelak di dalam perkongsian video berkenaan.

Ada juga yang berseloroh mengatakan gadis tersebut sudah boleh diambil untuk menjadi duta katil tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...