Lubnan Tahan 16 Pekerja Pelabuhan Susulan Insiden Letupan Di Beirut

Trending

Lubnan Tahan 16 Pekerja Pelabuhan Susulan Insiden Letupan Di Beirut

Pihak berkuasa di Lubnan dilaporkan telah menahan 16 orang pekerja Pelabuhan Beirut, selepas kejadian letupan besar yang membunuh sekurang-kurangnya 135 orang dan hampir 5,000 lagi cedera.

Pekerja berkenaan ditahan sebagai sebahagian siasatan yang dijalankan sejak kejadian letupan berlaku pada Selasa.

Advertisement

Kenyataan itu dikeluarkan mahkamah tentera yang disiarkan Agensi Berita Nasional (NNA).

Keterangan daripada 18 pekerja termasuk pegawai lembaga eksekutif pelabuhan, pihak berkuasa kastam, kakitangan penyelenggaraan dan pekerja di gudang No.12 turut diambil bagi membantu siasatan.

Dilaporkan puluhan lagi mangsa masih hilang dalam kejadian itu.

Letupan itu dikatakan berpunca daripada amonium nitrat yang disimpan di gudang di pelabuhan Beirut. Namun siasatan masih berjalan dan hasilnya akan diberitahu dalam masa terdekat ini.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...