Bagi mereka yang aktif di TikTok, nama Jungle Girl bukanlah nama yang asing kerana produk minyak herba yang dipromosikan ketika ‘live’ sering mendapat sambutan ramai.
Wanita Orang Asli dari Suku Jahut bernama Nur Rafidah Man merupakan individu di sebalik akaun @Jungle Girl yang kini mempunyai lebih 64.4 ribu pengikut.
Ramai terpukau selepas seorang pengguna X berkongsikan jumlah keuntungan diraih Rafidah hanya dengan berjualan di ‘live’ TikTok.
Menerusi gambar dikongsikan, Rafidah telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM1.04 juta selepas 29.72 ribu produknya terjual di TikTok dan ia dicapai hanya dalam tempoh seminggu sahaja!
The setup vs. Revenue pic.twitter.com/2Pf9Kb0lDz
— Faez | Native Ads (@FaezCitizen) August 25, 2024
Difahamkan, dua botol minyak tersebut dijual pada harga RM35 namun bagi mereka yang sempat sertai siaran langsung akan berpeluang membeli dengan harga RM15 bagi dua botol tersebut.
Menurut Rafidah, minyak herba hutan tersebut memberikan banyak manfaat seperti sakit lutut, kebas, terseliuh, lenguh, senggugut, migraine dan macam-macam lagi.
Dalam pada itu, minyak berkenaan turut mendapat pelbagai reviu positif daripada pembeli yang telah menggunakannya dan memperakui keberkesanannya.
Terbaik minyak ni, sembuh sakit kaki dengan izinNya. Boleh beli minyak ni, takkan rugi dan takkan menyesal.
Ramai netizen berasa kagum dengan pencapaian @Jungle Girl meskipun hanya dengan ‘setup’ siaran langsung yang sederhana berlatar belakangkan bilik kosong atau di beranda rumah sahaja.
Dalam pada itu, segelintir individu berharap agar wanita berusia 26 tahun tersebut tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak demi meraih keuntungan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.