Luangkan Hujung Minggu Anda Di 8 Lokasi Menarik Ini Untuk Percutian Pendek Bersama Rakan Dan Keluarga!

Hiburan

Luangkan Hujung Minggu Anda Di 8 Lokasi Menarik Ini Untuk Percutian Pendek Bersama Rakan Dan Keluarga!

Untuk anda yang dah lama tak pergi bercuti, mesti selalu cemburu bila tengok rakan-rakan yang lain pergi bercuti kan? Kalau nak pergi bercuti pula, pastinya kena ambil cuti yang panjang lagi-lagi kalau mahu bercuti di luar negara. Sudahnya, setiap kali hujung minggu hanya duduk buang masa di rumah saja.

Advertisement

Tapi sekarang ni, dah ada banyak lokasi menarik di negara-negara jiran yang hanya mengambil masa dalam 2 ke 3 jam sahaja untuk percutian pendek pada hujung minggu! Bukan saja lebih dekat malah ada banyak tempat-tempat menarik untuk anda luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Yang penting, tak perlu ambil cuti panjang untuk pergi bercuti!

Dalat, Lokasi ‘Instagrammable’ –

Dalat menjadi lokasi tarikan pelancong yang semakin mendapat perhatian yang tinggi dan menyumbang kepada sektor pelancongan di Vietnam. Terletak di atas bukit dan dikelilingi oleh pemandangan alam yang cukup menakjubkan turut menjadikan Dalat lokasi pilihan bulan madu. Antaranya di Highland, City of Eternal Spring, dimana anda dapat menyaksikan sendiri keindahan ladang bunga hydrangeas!

ladang bunga hydrangea

dalat

Jika dilihatkan pada pemandangan di sana, memang patut lah Dalat sangat digemari oleh mereka yang ‘kaki foto’ kerana lokasi yang cukup menarik untuk dikunjungi. Untuk yang berminat dengan lokasi yang unik, Crazy House mungkin destinasi yang sesuai untuk anda dan rakan-rakan.

crazy house

Crazy House atau Hang Nga Guest House ini dikenali dengan rekaannya seperti sebatang pokok. Rekaannya juga cukup unik dan setiap bilik yang disediakan hadir dengan pelbagai tema. Jangan risau, walaupun anda tidak menginap di sini anda masih boleh bergambar. Anda juga pasti akan sukakan Stairway To Heaven, yang juga lokasi tumpuan pelancong terutamanya dari golongan muda.

stairway to heaven

Membeli-belah di Ho Chi Minh, Vietnam

Sebut saja pasal Vietnam mesti ramai yang akan teringatkan lokasi untuk membeli belah kan? Tak sah lah kalau ke Vietnam tapi anda tak singgah di Ben Thanh Market untuk membeli belah. Di sini, anda boleh membeli bermacam-macam barangan seperti pakaian, aksesori, beg, cenderahati dan macam-macam lagi. Memang akan rambang mata dibuatnya!

Ben Thanh Market

Ben Thanh Market

Untuk yang nak mencari lukisan-lukisan menarik sebagai koleksi peribadi atau mungkin untuk cenderahati, jangan lupa singgah di Tran Phu Street. Tempat ini cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong yang ingin mencari karya-karya lukisan yang menarik. Selain untuk tujuan membeli, anda juga boleh menyertai bengkel lukisan yang dianjurkan di sana.

Tran Phu Street

Bagi yang mencari kraftangan tempatan boleh ke An Dong Market yang menawarkan pelbagai pilihan untuk dipilih. Pasar yang sudah berusia 70 tahun ini sememangnya lokasi membeli belah yang wajib disinggah oleh pelancong. An Dong Market dikenali sebagai antara pasar borong terbesar di sana, jadi jika anda membeli dengan kuantiti yang banyak semakin murah harga diberikan.

An Dong Market

Pencinta buku jangan lepaskan peluang untuk ke Book Street Nguyen Van Binh yang menjadi ‘syurga’ buku di Vietnam. Mula dibuka pada tahun 2016, pengunjung dapat melawat kiosk-kiosk yang terdiri daripada pelbagai penerbit buku yang membawa hasil terbitan syarikat masing-masing. Untuk yang berminat dengan sesuatu yang klasik, buku-buku lama dan postcard juga dijual di sana.

Book Street Nguyen Van Binh

Makan-Makan di Can Tho, Vietnam

Can Tho, Vietnam

Untuk yang nak bercuti sambil berjalan-jalan cari makan wajib jadikan Can Tho, Vietnam sebagai destinasi percutian anda. Ada pelbagai pilihan makanan menarik yang anda boleh pilih di kota yang cukup terkenal dengan floating market mereka di Mekong Delta. Bukan saja makanan jalanan tapi anda juga boleh dapatkan buah-buahan tropikal segar yang dijual di sana.

Can Tho, Vietnam

Alang-alang sudah di sana, apa kata anda lawati kilang pembuatan makanan terkenal di Can Tho iaitu Pho Noodles. Sau Hoai yang merupakan kilang pembuatan Pho Noodles sering menjadi salah satu lokasi dikunjungi pelancong semasa percutian mereka. Inilah masanya anda mempelajari sendiri masakan yang cukup terkenal di Vietnam ini.

Pho Noodles

Luangkan masa bersama keluarga di Nha Trang

Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika anda bercuti bersama keluarga di Nha Trang antaranya melawat Pantai Nha Trang. Anda boleh lakukan aktiviti air sambil menikmati pemandangan indah di pantai yang cukup popular di Nha Trang ini. Bonus, pelbagai pilihan makanan laut segar juga boleh dicuba di sana!

Pantai Nha Trang

Bosan dengan pantai? Tak apa, anda boleh cuba lawati Mud Bath bersama seisi keluarga. Ada banyak kebaikan mandi lumpur ini terutamanya untuk kecantikan kulit badan. Selepas itu, boleh lah anda singgah di Vinpearl Waterpark, taman tema air terbesar di Nha Trang!

Mud Bath

Vinpearl Waterpark

Bercuti dengan BFF di Danang

Danang merupakan kota keempat terbesar di Vietnam dan terkenal dengan lokasi bersejarah yang diiktiraf oleh UNESCO seperti Hoi An Ancient Town. Bandar ini umpama muzium hidup kerana masih lagi menempatkan seni bina dan warisan lama.

Hoi An Ancient Town

Bana Hills juga antara lokasi popular di Danang dan tak lengkap percutian anda kalau anda tak menaiki cable car dan lawati perkampungan Perancis di Ba Na Hills ini. Anda berpeluang untuk sampai ke puncak gunung dengan menaiki cable car dan melihat sendiri French Village di atas sana.

Bana Hills

Golden Bridge

Kalau dah sampai dekat Danang tu, jangan lupa singgah seketika di Golden Bridge. Jambatan ini memang cukup ikonik di Danang, dan bak kata orang…sangat-sangat “instagram-worthy”

Lokasi bersejarah di Phnom Penh dan Siem Reap

Royal Palace dan Silver Pagoda di Phnom Penh mempunyai tarikan mereka yang tersendiri dengan reka bentuk binaan yang dipengaruhi kuat dengan budaya di sana. Dibina pada tahun 1866 oleh King Norodom I, istana yang indah ini merupakan gabungan seni bina Khmer dan reka bentuk Eropah.

Royal Palace

Royal Palace

Royal Palace

Selain Royal Palace dan Silver Pagoda, anda juga boleh melawat beberapa tempat bersejarah yang lain seperti tiga kuil yang cukup sinonim di Siem Reap Angkor Thom ini. Antaranya ialah Ta Prohm yang merupakan gabungan kuil dan pokok yang tumbuh menjalar pada kuil tersebut. Kalau anda nak tahu, Ta Prohm juga merupakan lokasi filem “Lara Croft: Tomb Raider” yang dibintangi Angelina Jolie. Oleh kerana itu, kuil ini dinamakan “Tomb Raider Temple” bersempena dengan filem itu.

Ta Prohm

Kuil Bayon, Angkor Thom terkenal dengan kemegahan patung kepala Bodhisattva. Sebanyak 50 patung tersenyum ini juga disebut-sebut sebagai “Mona Lisa dari Asia Tenggara”.

Pre Rup Temple

Pre Rup Temple adalah kuil Hindu di Angkor, Kemboja, yang merupakan gunung candi dari konstruksi batu bata, laterit dan gabungan batu pasir. Selain daripada sejarah dan seni bina kuil, ianya cukup terkenal dengan pemandangan matahari terbenam di kuil ini. Rata-rata pelancong akan tiba pada waktu petang untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang cukup popular di sana.

Pre Rup Temple

Pencinta alam – Sihanoukville

Cara terbaik untuk menghilangkan segala stress dan tekanan kerja, pastinya dengan menikmati pemandangan laut di Sihanoukville. Untuk pencinta laut, apa kata anda ambil masa ini untuk lakukan island hopping dan menjelajah ke beberapa pulau di Sihanoukville.

Sihanoukville

Koh Rong Island yang merupakan pulau terbesar di Kemboja ini menawarkan pemandangan pasir putih yang cukup indah ditambah pula dengan air laut kebiru-biruan. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti berenang, memancing, scuba diving dan ada juga boleh menyewa bot untuk bersiar-siar.

Koh Rong Island

Anda juga boleh melawat Lazy Beach di Pulau Koh Rong Samloem ini yang merupakan antara pantai persendirian di Kemboja. Bagi yang inginkan privasi dan ketenangan yang lebih, mungkin pantai ini lebih sesuai untuk anda.

Lazy Beach

Terbang dengan AirAsia!

Untuk nikmati percutian hujung minggu ini, tempah saja penerbangan anda bersama AirAsia untuk dapatkan harga tambang yang lebih rendah! Tempah sekarang sehingga 22 Mac 2020 ini untuk nikmati penerbangan dari sekarang sehingga 1 Julai 2021.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati percutian pendek hujung minggu bersama AirAsia untuk penjimatan yang lebih tinggi! Kalau anda nak dapatkan maklumat tentang promosi lain dari AirAsia, boleh layari airasia.com atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi AirAsia.

Selamat berhujung minggu!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...