Luang Masa Dengan Tersayang, Jom Kami Share 5 Permainan Yang Best Untuk Dibuat!

Branded

Luang Masa Dengan Tersayang, Jom Kami Share 5 Permainan Yang Best Untuk Dibuat!

Filem genre fantasi dan pengembaraan, Dungeons & Dragons kembali lagi setelah sekian lama penantian tayangan di Malaysia dengan sekuel terbaru iaitu Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves. Perghhh, siapa excited nak tengok, kita geng!

Filem adaptasi novel yang menceritakan tentang sekumpulan pencuri mencari peninggalan purba pada era zaman pertengahan ini dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal seperti Chris Pine, Sophia Lillis, Michelle Rodriguez dan Regé-Jean Page. Wow, ni confirm best!

Nak tahu apa yang lagi best? Korang boleh merasai sendiri pengalaman seperti berada dalam penjara bawah tanah serta bertemu dengan naga dan raksasa sama seperti dalam filem Dungeons & Dragons tau. Biar betul?!

Cabar Diri Dengan Menyertai 5 Aktiviti & Permainan The Tavern Experience

Untuk pengetahuan, Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves hadir dengan The Tavern Experience yang mana terdapat  5 aktiviti dan permainan yang korang boleh main bersama kawan-kawan dan keluarga! Kalau nak tahu, jom kami kongsi.

1. Monster Exhibit

Dungeons & Dragons The Tavern Experience

Pameran Monster Exhibit yang mendebarkan ini akan membawa korang untuk merasai pengalaman seperti berada dalam alam fantasi serta korang boleh melihat sendiri raksasa-raksasa Dungeons & Dragons yang menggerunkan!

2. The Chamber Of Oaths

Dungeons & Dragons The Tavern Experience

Siapa yang suka bersumpah tu, korang wajib singgah ke The Chamber of Oaths sebab dekat sini korang akan feeling-feeling mengangkat sumpah sama seperti protagonis dalam filem Dungeons & Dragons tau! Bestnya! 

Apa yang perlu dibuat adalah buat perjanjian dengan diri sendiri dan isytiharkan antara janji yang korang nak buat sebelum tahun 2024 menerusi penulisan. Setelah itu, gambar akan diambil sebagai kenangan dan motivasi untuk korang pada masa akan datang!

3. Rogue Reflex Trainers

Dungeons & Dragons The Tavern Experience

Kalau korang tengok Dungeons and Dragons, Rogue terkenal dengan ketangkasan dan refleks pantas mereka, yang membolehkan mereka mengelak bahaya dan bertindak balas dengan cepat dalam situasi pertempuran. 

Jadi, siapa yang berhasrat untuk menjadi Rogue, permainan Rogue Reflex Trainers ni khas untuk korang sebab permainan ini menguji dan melatih tahap ketangkasan dan refleks korang dengan menangkap kayu yang jatuh! Fuhh, menarik!

4. Medieval Arts

Dungeons & Dragons The Tavern Experience

Untuk korang yang suka berimaginasi, apa kata korang serlahkan kreativiti dan hidupkan watak Dungeons & Dragons dengan mewarna poster karakter! 

Poster karakter akan disediakan dalam bentuk saiz A5, dan korang hanya perlu pilih karakter kegemaran korang. Kalau bawa anak-anak ni, confirm mereka suka!

5. Show Your Might

Dungeons & Dragons The Tavern Experience

Siapa dekat sini selalu angkat berat, haa meh uji kekuatan korang dengan bermain high striker di Show Your Might! 

Markah akan dipaparkan pada papan markah berasingan dan kalau korang memperoleh markah tinggi, korang berpeluang untuk bergambar dengan props kapak yang disediakan tau! Barulah boleh feeling “Barbarian”!

Fulamak, menariknya semua aktiviti dan permainan yang ada! Kalau ajak ramai-ramai join main permainan ni, mesti meriah!

Nikmati Minuman Eksklusif Dragon Brew Secara Percuma!

Dungeons & Dragons The Tavern Experience

Kalau dah main banyak permainan ni, confirm penat dan haus betul tak? Haa, korang jangan risau sebab korang boleh menikmati minuman eksklusif inspirasi daripada filem Dungeons & Dragons’ iaitu Dragon Brew secara PERCUMA tau! Macam ni barulah onz!

Untuk dapatkan minuman eksklusif ini, korang hanya perlu join sekurang-kurangnya dua(2) aktiviti permainan yang disediakan dan dapatkan dua(2) bintang di aplikasi mudah alih Sunway Pyramid. Wah, macam tu je, senang kacang!

*Kuantiti adalah terhad pada setiap hari dan tersedia untuk mereka yang terawal.

Menang Tankard Edisi Terhad Menerusi Cabutan Bertuah!

Dungeons & Dragons The Tavern Experience

Tak cukup dengan 5 aktiviti dan permainan yang menarik, korang juga boleh bawa pulang hadiah istimewa iaitu Tankard Edisi Terhad menerusi cabutan bertuah tau! Seriuslah, coolnya! 

Cara nak join cabutan bertuah ni pun sangat senang, korang ikut saja langkah di bawah ini:

Langkah 1: Lengkapkan sekurang-kurangnya dua(2) aktiviti permainan yang disediakan 

Langkah 2: Berbelanja minima RM100 dalam satu resit sahaja

Langkah 3: Kumpul dua(2) bintang dalam aplikasi mudah alih Sunway Pyramid

Senangkan? Kalau korang lengkapkan kesemua langkah ini, barulah korang layak untuk menyertai cabutan bertuah. Jangan lepaskan peluang ini untuk memenangi Dungeons & Dragons Tankard edisi terhad tau!

Paling penting, acara berlangsung sekarang sehingga 2 April saja tau! Jadi, tunggu apa lagi, ajak semua kawan-kawan dan ahli keluarga untuk meriahkan Dungeons & Dragons The Tavern Experience di LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...