Luang Masa Bersama, Diva AA Titip Kata Semangat Buat Wani Comel

Hiburan

Luang Masa Bersama, Diva AA Titip Kata Semangat Buat Wani Comel

Rentetan kemelut yang melanda dirinya bersama seorang usahawan kosmetik sensasi tanah air, kini nama Wani Comel makin hangat diperkatakan masyarakat.

Advertisement

Ia tercetus berikutan isu mengenai perjanjian kontrak yang didakwa berat sebelah.

Susulan itu, pengacara tersohor Malaysia, Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva Aa tampil memuat naik sebuah video di laman Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, jelas kedengaran Diva AA yang sebelum ini sering memaki hamun netizen memberikan kata-kata semangat buat gadis obesiti tersebut.

Dedah Diva AA, selain memberi kata nasihat, beliau juga dilihat seakan menyeru Wani agar terus kuat dalam menempuh segala dugaan dalam memperjuangkan haknya sehingga membuahkan hasil.

https://www.instagram.com/tv/CI5FQnMnnOj/?igshid=1pe29hm2nhzmq

Terdahulu, Wani sebelum ini menggempar pengguna media sosial apabila belia khabarnya berani memaklumkan kepada umum bahawa dirinya ditipu dan dipergunakan oleh usahawan tersebut selepas menandatangani kontrak sebagai duta produk kurus.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...