Luahkan Rasa Bersyukur Di Instagram Kerana Suami Sudi Terimanya Tak Kala Lelaki Lain Memandang Hina

Trending

Luahkan Rasa Bersyukur Di Instagram Kerana Suami Sudi Terimanya Tak Kala Lelaki Lain Memandang Hina

Kami rasakan kisah ini menarik untuk dikongsikan kepada pembaca. Kisah dimana seorang wanita yang menemui jodoh beliau tak kala lelaki di sekeliling memandang hina disebabkan saiz badannya.

Advertisement

Aiffa Majid, dua hari lalu berkongsi kisah cintanya dengan lelaki yang kini bergelar suaminya, Badr Kabdani, yang berasal dari Maghribi, di akaun Instagram miliknya, @missjumboqueen.

Perbezaan budaya malah paras rupa bukan penghalang untuk pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Dalam status yang dimuat naik bersama gambar pernikahannya, Aiffa berkata, suaminya itu tidak memandang fizikal, sebaliknya hati budi menjadi pengikat cinta mereka.

“Di saat banyak mata-mata lelaki yang memandang, lalu mentertawakan aku, kau datang lalu berkata “Tak mengapa, mereka ketawa kerana mereka melihat melalui mata, tetapi saya memandang awak dengan hati”, tulis Aiffa.

Status Aiffa itu telah menerima lebih 10,000 likes, dan ruangan komen dibanjiri ratusan komen yang tersentuh dengan ketulusan si suami menerima Aiffa.

“sweet letak tepi apa org nak kata tentang kita yg penting org berbadan besar ni manusia kita jadi diri kita dr jadi org yg penuh dusta” – farashuhada11

“Such a living proof that true love does exist. Congratulations Sis and Hubby. Read about your amazing story from Oh Bulan. Moga bahagia sehingga Jannah.” – redzuandean

A post shared by Aiffa Majid (@missjumboqueen) on

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...