Luahan Tiara Jacquelina Sempena Hari Lahir Hani Mohsin Buat Netizen Tersentuh

Hiburan

Luahan Tiara Jacquelina Sempena Hari Lahir Hani Mohsin Buat Netizen Tersentuh

Hani Mohsin,  pelakon yang cukup hebat sekitar tahun 90 an dan kata orang cukup berkaliber orangnya. Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah 10 tahun beliau meninggal dunia.

Untuk pengetahuan anda, Hani Mohsin menghembuskan nafas terakhir pada 25 Julai 2006 akibat serangan jantung.

Advertisement

Bersempena dengan ulangtahun kelahiran arwah Hani Mohsin, bekas isterinya Puan Sri Tiara Jacquelina telah menulis sebuah ucapan yang cukup menyentuh hati ramai di akaun Instagramnya.

Didalam luahan Tiara, beliau mengucapkan terima kasih kepada arwah yang membimbing beliau untuk mengenali Islam sewaktu mereka bergelar suami isteri dahulu.

Berikut luahan penuh Tiara :-

Hari ini, 18 Jun, hari lahir seorang insan istimewa, someone I had shared 5 years of my life with. Sayangnya, sudah 10 tahun beliau meninggalkan kami. Dearest Mohsin, I pray you are at peace now, in Heaven, beside your father, mother and brother.

Terimakasih kerana membimbing saya mengenali agama islam, terimakasih untuk persahabatan dan kasih sayang yang pernah kami lalui satu ketika dulu.  Alfatihah untuk Hani Mohsin, terimakasih kepada para peminat yang sentiasa mendoakan beliau. Happy Birthday. #alfatihah #hanimohsin

Netizen yang membaca luahan berkenaan turut menyedekahkan Al-Fatihah buat Hani Mohsin dan pada masa yang sama memuji sifat Tiara yang masih mengekalkan hubungan baik dengan arwah meskipun sudah membawa haluan masing-masing.

Hani Mohsin dan Tiara Jacquelina mendirikan rumah tangga pada 11 September 1993 sebelum bercerai pada 16 Februari 1998.  Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Hani Karmila.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...