Luahan Seorang Ibu Muda Mengenai Isu Child Harness: “Better Safe Than Sorry”

Trending

Luahan Seorang Ibu Muda Mengenai Isu Child Harness: “Better Safe Than Sorry”

Tweet seorang gadis pengguna Twitter yang menggunakan tweet handle @finiarshad telah menjadi viral sejak malam kelmarin kerana meminta ibu bapa moden untuk tidak menggunakan child safety harness atau tali keselamatan kanak-kanak kerana ia ‘seperti membawa binatang. Ia mengundang pelbagai reaksi termasuk dari seorang ibu muda bernama Jia Shamsuri.

harnessanJia yang mempunyai seorang anak perempuan mengaku dia ialah pengguna tegar tali keselamatan ini, walaupun mendapat kritikan sesetengah individu.

Advertisement


Ikuti tulisan beliau mengapa dia menggunakannya:

Saya adalah ibu kepada seorang anak perempuan yang berumur 2 tahun lebih . Ya, baru seorang . Selama saya menjadi ibu, saya menjadi lebih sensitif & prihatin terutamanya mengenai keselamatan anak-anak.

Selama 2 tahun lebih saya kerap terbaca sesetengah orang yang suka ‘bash’ apabila melihat ibubapa yang memakaikan anak-anak mereka dengan ‘harness’. Pada siapa yang taktau harness tu, harness ada salah satu cara ibubapa zaman sekarang untuk memastikan anak-anak mereka always close to them. banyak dah jual dipasaran sekarang. ada yang jenis beg bertali, ada yang letak bear bertali , ada harness yang kat tangan , etc.

All this while, saya diam. Diam melihat gelagat netizen pum pam pum pam mengenai isu ini. Tapi baru-baru ni viral tweet seorang wanita (or atau mungkin seorang gadis yang masih belum berkahwin) yang ‘bash’ ibubapa yang pakaikan anak-anak mereka dengan harness. Katanya kelihatan seperti binatang.

Dik, hakak pengguna tegar harness. kau cakap lah apa jenis harness hakak dah pakaikan kat anak akak. Dari harness jenis tali sehinggalah hand-harness yang wayyy secured (tidak boleh simply gunting) . and read this , “I’M PROUD OF IT!” .

Kenapa hakak bangga? Sebab hakak dapat came out with the idea to save my daughter’s life. Yes, pakai harness ni tidaklah 100% secure but PREVENT IS BETTER THAN CURE .

Dik, lain budak lain pe’el nya . Ada yang mudah dibentuk dan ada yang tidak . Ada yang pasif , ada yang active (or even hyperactive) . Jadi , by using that harness kami as parents try our best untuk make sure yang anak-anak sentiasa dalam jagaan kami . We’re human and kita tak perfect . Ada masa kita akan terlepas pandang and before benda buruk terjadi , kita cuba KURANGKAN RISIKO yang ada , yes KURANGKAN .

Yup, memang pakai harness tidaklah 100% secure , but at least kita usaha apa yang boleh . Anything could happen to us , anywhere .

My daughter Nelissa hakak dah start pakaikan dia harness since dia start berjalan which when she was 9 months . Masa tu memang anak taklah aktif mana but I want to make sure that i’ve doubled my efforts untuk pastikan dia selamat .

Untuk part yang menyamakan anak dengan haiwan itu IT’S YOUR CHOICE . But for us parents yang pakaikan anak dengan harness tak pernah melihat anak-anak kami as binatang . Kalau ye pun dik nak kata anak tu as binatang , manusia yang pakaikan binatang dengan tali tu bukankah mereka sayang haiwan mereka dari hilang atau mati kena lenyek dengen kereta? Bukankah konsep SAYANG ada kat situ? Kalau tak SAYANG, biar je binatang tu berkeliaran mati kena langar or dicuri orang . Senang .

Dan kemudian konsep tu kita apply masa pakaikan anak kita dengan harness . Bukan konsep mem’binatangkan anak tapi konsep SAYANG tu ya. Kau dik jangan putar belit statement hakak .

Dan ada juga adik-adik kita yang belum punya anak siap buat comparison zaman makpak atok nenek mereka dulu OK je tak perlu harness bagai . Adik , until APRIL this year (2016) , indeks kadar jenayah di Malaysia meningkat sebanyak 4.6% dari tahun-tahun sebelumnya . Zaman atok nenek kita dulu manalah ada shopping malls besar-besar, tempat-tempat fancy . Yang ada hanyalah tanah lapang yang mana tanah tu lahh mereka bagi anak mereka main depan mata mereka sendiri . Kau kejar lah ayam , kau mainlah cacing , kau buat lah apa kau suka . Diorang usha kau dari beranda je .

Plus , kos sara hidup sekarang tinggi . Orang sanggup buat apa saja untuk dapatkan kesenangan & duit . Manalah logik dik oii kau nak compare dulu dan sekarang – haihhh .

Pada parents yang till now tak pakaikan anak mereka dengan harness i salute . Dan pada parents yang pakaikan anak mereka dengan harness pun i salute . As i told earlier , lain budak , lain pe’el . Kita as parents yang kenal anak-anak kita macam mana .

Jadi, parents luar sana yang still malu nak pakaikan anak mereka dengan harness sebab takut nanti kena bash fikirkanlah semula . Nyawa anak anda tanggungjawab anda . BETTER SAFE THAN SORRY .

Yang Benar, 
Mommy yang dah meluat isu ‘harness’ tak habis-habis .

15775079_10209622089483755_3417122846781849926_o

Isu ini sebenarnya bukan saja hangat dibincangkan di Malaysia malah di negara-negara maju seperti AS dan Jepun.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah untuk semua pihak faham bahawa ia dilakukan sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian-kejadian buruk.

Memang benar, ibu bapa satu ketika dulu tidak menggunakannya semasa membesarkan kita, tetapi dunia berubah, bukan saja dari segi kepesatan teknologi tetapi kuantiti dan kualiti jenayah. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti pedofil, penculikan dan sebagainya, adalah amat wajar ibu bapa mempraktikkan langkah keselamatan yang berpatutan walaupun mata anda tak suka melihatnya. Inilah zaman moden. –amazingnara.com

Sumber: Jia Shamsuri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...