Luahan Rocketpocketman Tak Dapat Peruntukan, Majlis Sukan Negeri Diarah Siasat Dakwaan Azizulhasni

Trending

Luahan Rocketpocketman Tak Dapat Peruntukan, Majlis Sukan Negeri Diarah Siasat Dakwaan Azizulhasni

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman  telah mengarahkan Majlis Sukan Negeri (MSN) agar dakwaan kerajaan negeri tidak meluluskan peruntukan untuk membeli basikal ‘roadbike’ oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang atau yang glamour dengan nama Rocketpocketman itu disiasat.

Advertisement

Menurut Razif, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kertas cadangan yang dihantar Azizul untuk membeli basikal sebagai persiapan ke Sukan Olimpik.

“Saya sendiri pun tidak tahu mengenai dakwaan pengurus Azizul ada menghantar surat dan kertas cadangan untuk pembelian basikal.

“Saya sendiri tidak kenal pengurus Azizul atau dihubungi olehnya,” katanya.

Razif berkata sedemikian sebagai mengulas dakwaan Azizul yang secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, biarpun beliau tidak membantu persiapannya ke sukan Olimpik.

Selain itu, Razif turut berkata, Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat turut diminat menyiasat dakwaan Azizul itu.

“Jika benar dakwaan Azizul, kerajaan negeri memohon maaf tetapi kita juga sudah mengarahkan MSN dan EXCO terbabit melakukan siasatan secara terperinci,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius isu itu kerana sukan lumba basikal antara sukan teras negeri selain bola sepak, hoki dan kuda lasak.

“Kerajaan negeri akan menyediakan insentif atas kejayaan Azizul yang berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat antarabangsa.

“Kita sedang membuat persiapan untuk menyambut Azizul sebagai wira dan namanya akan dicatatkan di Muzium Negeri,” katanya.

Azizulhasni mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa dalam acara final Keirin.

Sumber : BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...