Pelakon terkenal Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas berkongsi luahan perasaan penuh emosi terhadap seorang kanak-kanak bernama Hawra menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam perkongsian tersebut, Kamal memuat naik kapsyen ringkas namun sarat dengan rasa rindu, menggambarkan hubungan rapat yang masih terjalin meskipun tidak selalu bertemu.
Dia merajukkk.. Tp dia rindu.. Dia jual mahal tp dia nak.. Sorry hawra.. Vid last jumpa hari tu. Sumpah i miss u so much anak.
Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen, termasuk komen yang menyentuh isu hubungan kekeluargaan serta kematangan dalam menangani situasi peribadi.
Antara komen yang menarik perhatian datang daripada pengguna media sosial yang menyatakan:
Glad you are okay with your brother in law. I thought you weren’t okay with any of your in laws. Funny how that works. Betul atau salah, siblings usually still support each other.
Sementara itu, seorang lagi netizen turut memuji sikap Kamal yang dilihat mampu memisahkan isu peribadi dengan nilai hormat dalam hubungan kekeluargaan.
Bagus adik ipar @kamaladli. tolak tepi soal rumahtangga kakak dia dgn abg ipar. Still rasa hormat pd abg tu. Keep it up the good way, dik. Jaga peribadi awk. Jgn ikut sama ego kakak awk tu.
Perkongsian tersebut secara tidak langsung memperlihatkan sisi kemanusiaan dan keikhlasan Kamal dalam mengekalkan hubungan baik, khususnya melibatkan anak kecil, meskipun berdepan situasi keluarga yang rumit.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
