Luahan Hati Seorang Peminat Maher Zain

Hiburan

Luahan Hati Seorang Peminat Maher Zain

gambar maher zain

Kami sudah pun menerima email ini minggu lepas. Tetapi disebabkan kesuntukan masa kami tak sempat nak sharekan dengan anda semua. Mungkin kini adalah masa yang sesuai untuk mendengar luahan seorang peminat Maher Zain.

Advertisement

Untuk yang tak kenal siapa itu Maher Zain, mungkin anda boleh tengok gambar Maher Zain dan info tentang konsert Maher Zain di Malaysia. Berikut adalah luahan hati peminat Maher Zain:-

Tajuk email:Pengurusan Tiket Maher Zain Yang Mengecewakan

Saya sangat kecewa dengan Syarikat Raudhatus Sakinah(RS) yang menguruskan jual beli tiket konsert Maher Zain baru-baru ini. Saya telah menempah 3 tiket berharga RM200 pada 17 September 2010 untuk konsert yang akan berlangsung pada 15 oktober 2010 di dewan MBSA Shah Alam. Semasa penempahan, saya ada bertanyakan cara bayaran atau ada perlunya deposit kerana saya memang tidak percaya akan tempahan lisan.

Baca entri ini sepenuhnya untuk membaca luahan hati peminat Maher Zain ini. Jangan lupa untuk beri pendapat anda jugak. Mana tau anda ada pengalaman yang serupa.

Tapi pihak RS menyatakan bahawa saya adalah antara yang terawal dan mereka akan menghubungi saya 2 minggu sebelom konsert berlangsung untuk mendapatkan bayaran. Saya juga difahamkan oleh pihak RS tiket hanya akan di keluarkan 2 minggu sebelum konsert atas sebab sebab sekuriti.

Dari masa ke semasa saya ada juga membuat panggilan untuk memastikan saya mendapatkan tiket tersebut, tetapi pihak RS yang menjawab panggilan saya sambil lewa (berborak borak dengan rakan sekerja) dan hanya bergelak sinis seperti kononnya saya sangat fanatic dengan Maher Zain dan cuma berkata mereka akan menghubungi saya semula. Yang sebenarnya, saya turut dikirim membeli tiket buat teman di Singapura. Sudah tentu saya risau jikalau nama saya tidak dimasukkan dalam senarai.

Tiba masa 2 minggu sebelum konsert, saya membuat panggilan sekali lagi kepada pihak RS kerana tiada maklum balas dari pihak mereka untuk saya membuat pembayaran tiket. Seperti yang dijangkakan, mereka menyatakan nama saya tiada dalam senarai. Saya sangat kecewa dengan sikap pihak RS yang tidak profesional mengendalikan penjualan tiket untuk konsert ini. Janji tidak ditepati, apatah lagi untuk menelefon saya kembali untuk pemberitahuan status tiket saya juga tidak ditepati hari demi hari.

Saya terpaksa membuat panggilan sekali lagi, dan kali ini saya bernasib baik kerana dapat bercakap dengan Direktor RS. Beliau pula menjawab telefon sambil memberi arahan pada pekerja, dan yang membuat saya sangat marah adalah apabila beliau bergelak sinis bila saya menyatakan kekecewaan saya. Beliau berkata, “Kalau tak dapat tiket tak nangis kan? I am the director here, I will see what I can do for you.” tetapi sehingga ke hari ini saya masih belum lagi dapat sebarang respon dari pihak RS. Coming from a director of a company, I find that is very rude.

Pada waktu itu saya dah redha, mungkin memang tiada rezeki saya untuk bertemu dan melihat sendiri penyanyi dakwah yang semakin meningkat nama nya itu. Tetapi apa yang menimbulkan kemarahan saya bila empat jam kemudian, saya lihat, komen di facebook turut di padam oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan laman web facebook Maher Zain itu!

Sewajarnya perkara ini tidak berlaku pada syarikat yang menguruskan kedatangan seorg artis dakwah antarabangsa. Terima Kasih kepada pihak-pihak yang menguatkan lagi persepsi skeptical saya tentang syarikat Melayu dan Islam.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...