February 24th, 2010

email icon small

Semalam kami ada menerima satu kiriman email yang menarik dari seorang peminat hiburan tanah air kita. Izinkan kami untuk berkongsi luahan hati seseorang itu. Sesungguhnya apa yang ditulis oleh si pengirim email ini adalah juga apa yang terbuku di hati kami. Namanya terpaksa kami rahsiakan untuk langkah-langkah keselamatan.

Harap jika ada pihak artis yang membaca ini, renung-renungkanlah ya. Dan kalau anda ada benda nak tambah, sila jangan malu-malu untuk memberi pandangan di ruangan komen.

[note]Salam. Saya cuma nak berikan pendapat tentang satu perkara yang saya fikirkan tentang golongan artis ini. Apabila ada org atau sesiapa sahaja yang membuat tahana atau penganiayaan terhadap mereka, selalu saja ayat ini akan keluar “Biarlah.itu antara mereka dan Tuhan”. atau pun “Asalkan Tuhan tahu niat saya, itu sudah memadai”.

Kenapa bila tiba tentang perkara awak dizalimi, awak akan kaitkan Tuhan utk membalas perbuatan jahat org tu?. Kenapa tak kaitkan dengan pemakaian awak,cara bergaul awak, halal haram awak. Saya sangat sedih melihat artis melayu ini, peminat punyalah menyokong kerjaya mereka tetapi balasannya ditunjukkan dgn contoh yang tidak elok pula.

Bukannya tidak boleh bersosial tetapi kita boleh saja berseronok tanpa mengambil arak, berpelukan dan menjaga pemakaian. Mereka tidak pernah melihat diri sendiri tetapi cuma mahu mengaitkan Allah dengan orang lain.

Bila pakai baju nmpk separuh dada bg yg perempuan, mini skirt muat-muat punggung, peluk sana sini, pergi clubbing tonggeng botol arak dan hisap rokok,itu tak mahu dikaitkan dengan Tuhan kah? Tak malu ke kita pada Tuhan untuk membalas perbuatan jahat org lain sedangkan diri kita pun lebih kurang sama saja dengan mereka?

Ya Allah..niat saya..moga dibuka kan pintu hati mereka ini oleh Allah swt. Maaf andai terkasar bahasa. Yang kurang dari saya, sempurnanya dari Allah swt.

Wassalam. [/note]

P.S: Jika anda berminat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati tentang artis Malaysia, terus hantar email kepada kami di borakartis @ gmail.com. Jika email anda menarik kami akan siarkan untuk tatapan ramai.


Comments are closed.

Loading...