April 20th, 2012

Selepas pengeluaran entri tentang keadaan Bob Kuman, banyak komen yang diterima. Ada komen yang membina, ada komen yang agak kurang membina dan tak kurang komen yang melahirkan rasa kurang senang terhadap apa yang terjadi ke atas Bob Kuman. Namun semalam Abang Nara menerima satu email yang agak menarik untuk dikongsi bersama anda semua.

bob kuman

Berikut ialah email yang diterima daripada seseorang yang mahu dikenali dengan nama Ibu Chomey.

Advertisement

Assalamualaikum abg nara,

Selama ni saya hanya pembaca blog abg nara. Tapi selepas saya membaca kisah Bob Kuman smlm, saya tergerak utk menulis email buat pembaca BN yg budiman. (you know who you are). Saya nak reply kat ruangan komen takut tak muat.

Saya rasa terkilan bila ada pembaca yg pertikaikan kenapa Bob pilih swasta. Begitu keras menyelar keputusan Bob yg kini tidak berduit memilih hospital swasta. Ya, saya tak nafikan hospital kerajaan memiliki peralatan yg lengkap tp tidak pd perkhidmatan. Mungkin dia belum pernah alami apa yg saya pernah alami. Anak bongsu saya sumbing lelangir & bibir.

Saya terpaksa beratur panjang sewaktu anak saya berumur 8 hari selama 3 jam! hanya untuk mendapatkan tarikh appoinment berjumpa doktor! 3 jam berdiri dgn keadaan masih sakit kerana Czer dan masih belum dpt berjumpa dgn doktor… Dia perempuan so, dia tahu bagaimana keadaan saya waktu itu. Tu belum lagi masalah nak dapatkan tarikh 2nd operation. Bila saya dah putus asa, saya pilih untuk pergi ke bahagian pengurusan swasta di hospital yang sama. Tahu apa jawapan mereka? saya boleh pilih tarikh mana yang saya nak untuk pembedahan anak saya.

Di hospital yang sama, doktor yang sama cuma taraf berbeza. Kalau saya pilih pengurusan kerajaan, saya akan berada dlm waiting list berbulan-bulan. Kalau kita ada duit yang byk kita akan dilayan seperti raja.
Tak cukup dgn itu, saya hampir kehilangan anak bongsu saya kerana sikap sambil lewa doktor kerajaan yang pemalas. Suka ambil mudah dengan setiap aduan & pertanyaan saya tentang kesihatan anak saya. 7 hari anak saya terlantar di dalam ICU bertarung nyawa.

Advertisement

Mungkin pembaca budiman itu kakitangan kerajaan yg ada surat sokongan, so dia boleh dapat layanan 1st class dia semua hospital kerajaan. Kami ni pekerja swasta. Tak ada GL nak check in hospital kerajaan.

So kepada pembaca BN yg budiman itu, saya sedih mentaliti seperti dia makin banyak sekarang. Saya sedih bila ada org islam berfikiran seperti dia. Cth yg selalu berlaku, ada org buta peminta sedekah duduk di LRT KLCC, saya nak hulur duit, tapi di halang oleh kawan saya atas alasan semua ini sindiket. Kalau tak, takkan dia boleh sampai kat sini. Bagi pendapat saya, tak berdosa kalau kita sedekah malah dapat keberkatan. Tapi kalau dia menipu itu antara dia dah Allah.

Kalau tak nak bagi takpe, tapi jgn kata yg bukan-bukan. Macam kes Bob Kuman or Azean. Terpulang pada mereka nak pilih hospital mana pun. Kita yang sihat & ada rezeki lebih ni sedekah saja semampu yang boleh. Kalau tak suka tak perlu berkata apa-apa. Ia tak ubah seperti kau dah terjatuh tersandung batu, sudahlah sakit orang sekeliling duk pakat kata, “bodoh tak nampak batu ke?” how do you feel? lagi tambah sakit kan?

Saya harap pembaca BN yg budiman itu muhasabah diri. Macam yg saya kata tadi, tak nak tolong takpe tapi jgn complain. Kita tak duduk dalam situasi dia so kita tak tau apa yang berlaku. Ini saja pendapat saya yg tak seberapa.

Terima kasih abg Nara.

Apa kata anda?

Advertisement

548 responses to “Luahan Hati Seorang Pembaca Mengenai Isu Bob Kuman”

  1. Great work! This is the type of information that are meant to be shared
    across the web. Disgrace on the search engines for no longer positioning
    this submit upper! Come on over and discuss with my site
    . Thanks =)

  2. haktuiii says:

    ramai yg kene tipu dgn private..
    segala mende yg private buat, last sekali antar kt gomen gak..
    pahtu sembelih bil korg kaw2… mmg la best privte, ada aircond, misi mesra, tp penyakit korg p0m, gomen jugak yg trace..
    private sebenarnye org tengah je… mana adda org tengah nak moody2 kalau untung ATAS ANGIN…

  3. semakkepala says:

    wei apa yg korang nak kecoh nye …sama je hospital kerajaan ke hospital swasta ke kalau mampu pegi lah swasta kalau tak mampu prgi je kerajaan apa susah ….tp kalau korang rasa korang tak lah kaya setakat senang sikit je pastu tak der insurans tak yah berangan nak masuk hospital swasta …kalau bil korang ratusan ribu pastu korang tak bleh bayar memang diorg hantar korang gie kerajaan bogel je lah …memang pernah berlaku bila sorang pesakit ni tak mampu bayar bil , hospital swasta buka semua wayar kat badan pesakit ni dan hantar kat hos. kerajaan….wei hospital swasta semua nya nak duit lah seboleh2 dia nak masuk kan pesakit kat wad kalau sikit sakit pon jgn lah jd bodoh sangat kalau senang je tp tapi tak kaya raya tak pahayah lah nak belagak konon sepital swasta tu nak layan …kalau setakat 40,000.00 bleh lah citer kalau ratusan riban ko bleh bayar ke ..akhirnya ko pegi gak sepital kerajaan …nak muntah aku dengar org yg kutuk2 hospitak kerajaan ,setakat amik insurans pun 60,000.00 setahun dah kecoh nak bangga2 kan septal swasta ko tunggu ko kena operate lebih dari 60,000.00 ko bayar lah jual segala bulu yg ada itu pun kalau laku……budus…..belagak je lebih amik insurans setakat 500,000.00 seumur hidup tu ingat banyak sangat ke…kalau dah sakit kritikal mana cukup kalau pegi sepital swasta….pikir lha beb….

  4. insan yg tak sempurna says:

    Assalamualaikum….ape nk kecoh2….saper rsa die mmg banyak duit pegila hospital swasta dan saper rasa diri tu mmg xde duit dan x mampu g la hospital kerajaan…tu jer…tp rasanye hosp kerajaan kalau kes tu mmg kronik diorg akan dahulukan pesakit tu kalau x silapa saya la…ini cuma pendpt,sbb sy nie pun dok ulang alik HKL…so far Alhamdulillah layanan yg diberikan ok jer,menunggu lama tu mmg x leh nk ckp ape la….sbb bukan org KL jer yg dtg HKL…org luar dr KL pun ade gak yg datang HKL….

  5. lien linda says:

    hurmmmm….. lau sya plak… mna2 pun sma gak.. x smestinya gak swasta tu ok lyanannya… kat cni pling jga kcantikan jak dorg… bla ada patient smpat g mngutuk… piiraaa!
    lau d hospital krajaan plak kdang2 yg slalu x friendly tu nurse pelatih….

Loading...