Selepas pengeluaran entri tentang keadaan Bob Kuman, banyak komen yang diterima. Ada komen yang membina, ada komen yang agak kurang membina dan tak kurang komen yang melahirkan rasa kurang senang terhadap apa yang terjadi ke atas Bob Kuman. Namun semalam Abang Nara menerima satu email yang agak menarik untuk dikongsi bersama anda semua.
Berikut ialah email yang diterima daripada seseorang yang mahu dikenali dengan nama Ibu Chomey.
Assalamualaikum abg nara,
Selama ni saya hanya pembaca blog abg nara. Tapi selepas saya membaca kisah Bob Kuman smlm, saya tergerak utk menulis email buat pembaca BN yg budiman. (you know who you are). Saya nak reply kat ruangan komen takut tak muat.
Saya rasa terkilan bila ada pembaca yg pertikaikan kenapa Bob pilih swasta. Begitu keras menyelar keputusan Bob yg kini tidak berduit memilih hospital swasta. Ya, saya tak nafikan hospital kerajaan memiliki peralatan yg lengkap tp tidak pd perkhidmatan. Mungkin dia belum pernah alami apa yg saya pernah alami. Anak bongsu saya sumbing lelangir & bibir.
Saya terpaksa beratur panjang sewaktu anak saya berumur 8 hari selama 3 jam! hanya untuk mendapatkan tarikh appoinment berjumpa doktor! 3 jam berdiri dgn keadaan masih sakit kerana Czer dan masih belum dpt berjumpa dgn doktor… Dia perempuan so, dia tahu bagaimana keadaan saya waktu itu. Tu belum lagi masalah nak dapatkan tarikh 2nd operation. Bila saya dah putus asa, saya pilih untuk pergi ke bahagian pengurusan swasta di hospital yang sama. Tahu apa jawapan mereka? saya boleh pilih tarikh mana yang saya nak untuk pembedahan anak saya.
Di hospital yang sama, doktor yang sama cuma taraf berbeza. Kalau saya pilih pengurusan kerajaan, saya akan berada dlm waiting list berbulan-bulan. Kalau kita ada duit yang byk kita akan dilayan seperti raja.
Tak cukup dgn itu, saya hampir kehilangan anak bongsu saya kerana sikap sambil lewa doktor kerajaan yang pemalas. Suka ambil mudah dengan setiap aduan & pertanyaan saya tentang kesihatan anak saya. 7 hari anak saya terlantar di dalam ICU bertarung nyawa.Mungkin pembaca budiman itu kakitangan kerajaan yg ada surat sokongan, so dia boleh dapat layanan 1st class dia semua hospital kerajaan. Kami ni pekerja swasta. Tak ada GL nak check in hospital kerajaan.
So kepada pembaca BN yg budiman itu, saya sedih mentaliti seperti dia makin banyak sekarang. Saya sedih bila ada org islam berfikiran seperti dia. Cth yg selalu berlaku, ada org buta peminta sedekah duduk di LRT KLCC, saya nak hulur duit, tapi di halang oleh kawan saya atas alasan semua ini sindiket. Kalau tak, takkan dia boleh sampai kat sini. Bagi pendapat saya, tak berdosa kalau kita sedekah malah dapat keberkatan. Tapi kalau dia menipu itu antara dia dah Allah.
Kalau tak nak bagi takpe, tapi jgn kata yg bukan-bukan. Macam kes Bob Kuman or Azean. Terpulang pada mereka nak pilih hospital mana pun. Kita yang sihat & ada rezeki lebih ni sedekah saja semampu yang boleh. Kalau tak suka tak perlu berkata apa-apa. Ia tak ubah seperti kau dah terjatuh tersandung batu, sudahlah sakit orang sekeliling duk pakat kata, “bodoh tak nampak batu ke?” how do you feel? lagi tambah sakit kan?
Saya harap pembaca BN yg budiman itu muhasabah diri. Macam yg saya kata tadi, tak nak tolong takpe tapi jgn complain. Kita tak duduk dalam situasi dia so kita tak tau apa yang berlaku. Ini saja pendapat saya yg tak seberapa.
Terima kasih abg Nara.
Apa kata anda?