July 4th, 2017

Tiada pasangan suami isteri yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian, lebih-lebih lagi jika sudah memiliki cahaya mata hasil perkongsian hidup. Namun bukan jodoh semua pasangan ke akhir hayat. Begitulah juga perkahwinan Farah Lee dan Ally Iskandar. Mereka berdua telah bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Maream Esabel.

farah lee

Apabila sudah bergelar janda, sudah pasti ada kritikan, tohmahan dan pandangan sinis yang diterima oleh Farah Lee. Apa sahaja yang dilakukan pasti ada yang tak kena di mata sesetengah manusia. Terbaru, Farah Lee telah menulis panjang lebar meluahkan isi hatinya. Sedih juga membacanya.

Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot ? Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.
.
Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.
.
Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan ? Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat ? Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.
.
Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.
.
Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.
.
Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita ? Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.
.
Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.
.

farah lee

Sedih kan membacanya? Kita tidak merasai apa yang dialami oleh Farah dan juga Ally di dalam perkahwinan mereka, jadi janganlah kita menjadi hakim sesuka hati. Apa pun, semoga Farah tabah menghadapi dugaan ini. Doakanlah agar Farah akan bertemu seorang lelaki yang akan berjaya mengisi kekosongan hatinya. Insya Allah. Amin.
air asia juara duniaP.S: Promosi AirAsia kali ini yang bertemakan “World Champion”, sempena kemenangan mereka di dalam kategori “World’s Best Low-Cost Airline” untuk 9 tahun berturut-turut. Antara harga promo yang Abang Nara rasa sangat-sangat berbaloi ialah:-

KUL – LANGKAWI : RM24
KUL – ALOR SETAR : RM24
KUL – PENANG : RM24
KUL – JOHOR BAHRU : RM24

KUL – JAKARTA : RM89
KUL – BRUNEI : RM99
KUL – SIHANOUKVILLE : RM49
KUL – LUANG PRABANG : RM79

Untuk makluman, travel period untuk promosi ini adalah bermula 15 Januari 2018 (promosi tidak termasuk pada embargo period). Banyak lagi destinasi lain yang turut ditawarkan pada harga tak masuk akal. Boleh KLIK SINI untuk destinasi penuh. Apa pun anda kena buat tempahan segera sebab promo ini akan tamat pada 9 Julai. Selamat terbang!!!


Comments are closed.

Loading...