August 14th, 2015

Satu ketika dahulu, Emma Maembong dan Zizan Razak merupakan pasangan bercinta yang teramatlah ‘sweet’, sempoi, sama cantik dan sama padan. Ramai yang mendoakan dan berharap agar mereka berdua ke jinjang pelamin, namun hasrat itu terkubur apabila percintaan mereka tamat di pertengahan jalan. Punca perpisahan sebenar tidak diketahui, namun ada yang menyatakan ia kerana tindakan Zizan membeli kereta Ferrari.
emma zizanOleh kerana perpisahan itu juga, Emma Maembong telah dicop mata duitan, tidak matang dan berperangai kebudak-budakan. Teruk juga Emma Maembong dihentam. Ramai yang menyalahkan Emma kerana kegagalan percintaan itu. Enggan lagi dipersalahkan, Emma tampil bercerita panjang lebar tentang hubungannya dengan Zizan Razak menerusi Harian Metro semalam. Apa yang pasti, kereta Ferrari bukanlah punca perpisahan mereka. Susulan tulisannya di Twitter yang menyatakan sikap playboy Zizan, Emma tampil meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Kata Emma:-

Saya tak tahan. Mungkin saya menulis kerana dah tak tahan dengan sikapnya. Bagi saya sepanjang masa saya hidup dalam penipuan. Saya berhadapan dengan penipu. Bila pihak di sebelah sana (Zizan) beritahu alasan palsu berkenaan punca kami putus disebabkan kereta Ferrari, saya langsung tak menafikan atau mengakui.

Maksudnya kami putus hanya kerana kereta Ferrari dan benda-benda bodoh. Saya rasa selama ini teruk saya kena kritik seperti dikatakan tak matang, kebudak-budakan dan macam-macam lagi.

Sampailah saya terdengar ada orang yang rapat dengan saya memberitahu terjumpa Zizan dan dia bercerita perkara buruk terhadap saya. Segala kesalahan dikatakan berpunca daripada saya. Saya rasa cukuplah apa yang berlaku. Mula-mula dia menipu media apabila mengatakan kami putus kerana Ferrari. Kemudian tipu peminat dengan alasan bodoh.

Cukupulah itu, tiba-tiba sekarang dia nak hasut fikiran orang yang rapat dengan saya pula. Bagi saya tindakan itu keterlaluan. Apa yang dia nak lagi? Dari situlah saya berfikir tak boleh biarkan begitu saja. Saya tak nak serang dia. Tak pastilah mungkin ini fitnah. Mungkin orang sengaja nak mengapi-apikan kami. Mungkin ia tak wujud dan dia tak pernah bercerita apa-apa. Kalau betul dia diam itu OKlah, tapi apabila saya hantar mesej Whatsapp untuk ajak bertemu, dia tak mahu pula.

Dia bagi harapan kepada seorang wanita yang betul-betul setia kepadanya. Saya masih muda dan boleh buat macam-macam benda, tapi kerana dia saya akur semuanya. Mungkin saya terlalu cepat jatuh cinta. Saya boleh sayang terlampau sangat sehingga semua cakapnya saya dengar. Saya ikut semuanya kerana dia termasuk bertudung. Saya berterima kasih kerana dia mendidik saya ke arah kebaikan. Tapi akhirnya saya terkejut dan terlintas apa semua ini? Saya kena ‘prank’ atau kena kejutan apa? Saya memang keliru.

zizanFuh~~~ Menarik pembukaan luahan hati Emma Maembong. Jadi memang benarlah mereka berdua berpisah bukan kerana tindakan Zizan membeli kereta Ferrari seperti yang digembar-gemburkan. Punca sebenar tidak pula diberitahu oleh Emma, mungkin ia tidak perlu disebarkan. Tambah Emma lagi:-

Sekiranya dia tidak bersalah, kenapa dia enggan berjumpa saya? Saya rasional dengan apa yang berlaku. Ketika penggambaran telefilem Hantu Wifi saya sudah pun putus cinta dengan dia, tapi saya tetap profesional berlakon dengannya. Saya masih boleh berlakon sekali. Boleh bergelak ketawa walaupun dalam hati hanya saya yang tahu. Saya boleh pergi program Maharaja Lawak Mega untuk sokong dia walaupun sudah tiada hubungan.

Kalau boleh saya nak pertahankan hubungan kami. Pada fikiran saya, mungkin dengan cara itu hubungan kami akan OK. Dia akan hargai apa yang saya buat seperti menyokongnya ketika bertanding dulu. Ketika itu saya memang berharap agar benda ini dapat mengubah keadaan.

Bagamaipaun saya yang dilihat bersalah. Saya dikatakan jahat termasuk dituduh mahu mengikis duit Zizan. Selepas itu Kamal Adli pula dituduh sebagai perampas, sedangkan perakra sebenarnya lain. Saya akur kami tiada jodoh. Namun saya keecwan kerana sering dianggap negatif.

Kamal pula turut dikaitkan sedangkan dia tiada kena mengena. Cuba bayangkan 2 tahun saya dan Zizan ke hulu ke hilir bersama. Setiap majlis saya pergi dengan dia. Saya juga dengan bangga beritahu media perkara ini. Semuanya OK, takkanlah tiba-tiba kami boleh putus dengan alasan sebuah kereta. Sangat tak logik kan?

Ikutlah apa orang nak cakap kerana saya dah tak kisah. Janji, apa yang saya simpan selama ini saya dah cakap. Saya harap dia bahagia cukuplah. Saya minta maaf kepada Zizan sekiranya apa yang saya dengar ini palsu dan rekaan. Kalau betul ini hanya fitnah, saya mohon maaf daripada hujung rambut sehingga hujung kaki kepadanya. Saya tiada niat untuk menjatuhkannya. Kalau saya ada niat, dari awal perkara ini dah lama dihebahkan kepada semua.

zizan Memang panjang lebar luahan hati Emma Maembong. Namun tiada satu pun menyentuh punca sebenar perpisahan mereka. Kalau bukan Ferrari apa puncanya? Abang Nara pasti Emma tidak mahu memalukan Zizan dan menyimpan punca tersebut untuk kebaikan mereka berdua. Baguslah begitu. Semoga selepas ini nama Emma bersih dan tiada lagi menerima tohmahan pengikis duit, tak matang dan kebudak-budakkan. Rasanya Emma pun dah move on. Giliran Zizan pula untuk tidak menjaja cerita tentang bekas kekasihnya itu. Sama-samalah menjadi dewasa dan menerima hakikat tiada jodoh antara mereka.


Comments are closed.

Loading...