Luahan Hati Brader Lepat Tentang Kisah Silam Di Malaysia

Trending

Luahan Hati Brader Lepat Tentang Kisah Silam Di Malaysia

Ismail Ariffin berkawin dgn Jane Brummit ataupun nama Islam nye ialah Aisyah Jane Abdullah dan dikurniakan dgn sorg anak bernama Sunni Sazali lebey kurang 14 tahun yang lepas di Malaysia.

Mac 1996 : Aisyah Jane melarikan anak diorang, Sunni Sazali ke England dan kemudian brader Lepat mengikuti jejak mereka ke England. lepas tu brader Lepat pulak yang membawa lari Sunni ke Amsterdam dan seterusnya ke Pulau Pinang pada Oktober 1996.

Advertisement

Famili Aisyah Jane Brummit berjaya mendapatkan perintah Mahkamah Crown di Winchester supaya Lepat memulangkan semula Sunni.Lepas tu. Aisyah Jane pulak datang Malaysia bagi mendapatkan hak penjagaan Sunni daripada Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Kes penjagaan Sunni ditangguh pd Jun 1997. 1 April 1997, Mahkamah Syariah Pulau Pinang menetapkan Aisyah Jane Brummit hanya boleh berjumpa anaknya seminggu sekali itu pon di Balai Polis Lebuh Pantai, Pulau Pinang sebelum kes hak penjagaan Sunni di putuskan.

5 Julai 1997 : Sunni dilarikan Aisyah Jane Brummit semasa Sunni berada di dalam Custody Mahkamah Syariah Pulau Pinang dengan menyeberangi sempadan di pintu Bukit Kayu Hitam. Menurut Berita Harian 18 Mac 2010, Ketua Polis Negara pada masa tu. polis tak penah menutup kertas siasatan kes bekas isteri Ismail Ariffin (Ismail Lepat), (Aisyah Jane Brummit yang melarikan anak mereka, Sunni ke England 13 tahun yang lepas. Siasatan kes berkenaan adalah berdasarkan Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu culik daripada penjagaan sah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun).

Ismail Ariffin ataupun Ismail Lepat kini menetap di Bremen, Germany bersama isteri barunya, Nor Azlina Ceasar Abdullah dan terus bergiat aktif sebagai seorang pemuzik dan pelukis jalanan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...