Luahan Hati Bella Astillah Sempena Ulangtahun Pertama Perkahwinannya Dengan Aliff Aziz Ini Memang Menusuk Kalbu

Hiburan

Luahan Hati Bella Astillah Sempena Ulangtahun Pertama Perkahwinannya Dengan Aliff Aziz Ini Memang Menusuk Kalbu

Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama Abang Nara ucapkan kepada Aliff Aziz dan Bella Astillah. Sesungguhnya Aliff Aziz beruntung memiliki seorang isteri seperti Bella yang sanggup memaafkan selepas kontroversi yang melanda pelakon itu dan Afifah Nasir. Bukan senang nak mencari wanita yang mempunyai hati mulia ini. Diharap Aliff Aziz akan menghargai pengorbanan Bella dan tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.

bella astillahMenerusi akaun Instagramnya, Bella Astillah telah menulis panjang lebar tentang harapan, cabaran dan masa depannya bersama Aliff Aziz. Ia adalah satu luahan hati yang sangat menusuk kalbu, penuh kata-kata nasihat, sindiran dan berhikmah. Tulis Bella:-

Advertisement

Happy 1st Anniversary ?? Dalam setiap alam perkahwinan kita pasti akan merasai kepahitan. Susah, senang, kebahagian, kedukaan pasti akan singgah dalam kehidupan kita. Sama ada kita redha atau sebaliknya.

Tanpa huraian mendalam pun, sudah ada satu tanggapan atau persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid.

Dan saya sebagai isteri, akan saya jaga tingkah laku dan maruah saya sebagai seorang wanita dan juga isteri. Jika kita ingin dihormati, cerminlah diri kita dan lihat diri kita. Wanita harus menjaga maruah dan lebih mahal (maksud saya sukar didekati, sopan santun dan baik budi bahasa.

Semua orang diduga ketika bercinta, bertunang dan berkahwin. Kalau ada yang berkata perkahwinan mereka bahagia sempurna tanpa cacat cela maka alhamdulillah buat mereka.. tetapi jika ada yang diuji kuatkan lah diri demi orang tersayang terutamanya keluarga.

bella astillah

Tambah Bella lagi:-

When someone cheats on you, your mind and emotions scream at you to hate, punish and never forgive. It’s hard to let go of those feelings. Nonetheless, forgiving someone for cheating will actually benefit the faithful person more than the cheater. The anger we feel after infidelity is like a poison that lives in us.

Pertahankanlah perkara yang sudah halal dan milik kita. Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan pada orang lain, akan berbalik pada diri kita. Entah yang menerima balasan ialah dirinya, atau anaknya, cucunya, atau kalau tidak terbalas, maka pembalasan tidak terampun akan terjadi di alam seterusnya.. wallahulam.

Jangan kita sanggup melakukan apa sahaja demi terlepas salah kita di mata dunia kerana Allah s.w.t maha berkuasa. INGAT bahawasanya, Allah s.w.t melihat dan mendengar segalanya. Saya harap awak lebih matang suamiku @aliffaziz91 , sama2 lah kita jaga ‘masjid yang di bina’ biarpun ada yang ingin mengoyahkan. Lakukan perkara2 yang baik dan dekatkan lah diri dengan Allah s.w.t inshaAllah akan dilindungi-Nya. Amiin yra.

bella astillah

Panjang lebar sungguh luahan hati Bella Astillah. Apa pun, banyak lagi cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi oleh anda berdua di masa akan datang. Banyakkan bersabar, bertolak ansur dan cuba memahami pasangan masing-masing. Jangan ego. Kalau nak gaduh, ingat anak. Semoga perkahwinan anda kekal buat selamanya. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...