November 27th, 2014

Sedih juga Abang Nara membaca luahan hati Awal Ashaari ini. Seperti yang kita ketahui, semenjak dua menjak ini kalau ada apa-apa majlis, program realiti dan malam anugerah, kebanyakan pengacara yang diambil adalah terdiri daripada golongan pelawak. Contohnya Zizan Razak, Jihan Muse, Johan, Nabil dan ramai lagi. Pengacara-pengacara serius seperti Awal Ashaari, Ally Iskandar serta beberapa nama lagi kurang menjadi pilihan pihak penganjur.

awal ashaari

Secara jujur ada benarnya kata-kata Awal Ashaari ini. Iyerlah, pelawak tak semestinya pandai mengacara. Kadangkala lawak yang dibuat pun tak jadi. Perjalanan majlis pun jadi kelam kabut. Namun kita tak boleh salahkan pihak penganjur juga. Sudah pasti ada ‘demand’ daripada penonton yang mahukan pelawak menjadi pengacara. Mungkin ramai yang nak bergelak ketawa kot. Kata Awal Ashaari:-

Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal.

Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah.

Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis

awal ashaari

Ada betulnya kan luahan hati Awal Ashaari ini? Apa pun Awal merupakan salah seorang pengacara kegemaran Abang Nara. Abang Nara suka tengok cara Awal penuh ketenangan mengacarakan majlis tanpa perlu terkinja-kinja, menjerit atau membuat lawak yang tak masuk akal. Namun setiap orang ada ‘preference’ mereka sendiri. Mungkin lebih ramai yang gemarkan pelawak mengacara berbanding pengacara serius seperti Awal Ashaari. Mungkinkah sudah tiba masa untuk Awal belajar membuat lawak pulak? Hehehe. Apa kata anda? Sumber Mstar Online.

P.S: Penambahbaikan Proton Iriz


Comments are closed.

Loading...