Baru-baru ini, tular mengenai seorang usahawan dan pempengaruh yang telah mencuri perhatian netizen selepas memuat naik satu coretan panjang yang dipercayai ditujukan kepada seorang individu yang juga merupakan seorang usahawan dan pempengaruh iaitu Cik Epal.
Dalam hantaran berjudul ‘Surat Cinta Buatmu, yang Mungkin Ingin Bersama’, usahawan itu berkongsi luahan rasa dan penghargaan terhadap kehadiran seseorang dalam hidupnya yang hadir dengan niat yang baik, namun tidak pernah bersatu secara rasmi.
Aku masih ingat, walaupun tak pernah kita bersatu, ada detik yang indah dan ikhlas dalam pandanganmu dan aku menghargainya walaupun aku memilih untuk tidak menyambutnya.
Kata usahawan itu, walaupun pernah menerima kehadiran individu tersebut dengan penuh penghargaan, dia memilih untuk tidak menyambutnya kerana ingin setia kepada insan yang ketika itu berada di sisinya.
Aku memilih untuk setia kepada seseorang yang sedang bersamaku.
Namun begitu, dia tidak menafikan bahawa setiap langkah kehidupan itu hadir dengan sebab dan hikmahnya yang tersendiri.
Kejar cinta Allah
Dia turut menyeru agar wanita tersebut ‘move on’ dengan cara yang ‘classy’, bukan dengan mengejar cinta manusia, tetapi mencari cinta Allah yang kekal dan tidak pernah mengecewakan.
Dia juga sempat menitipkan doa agar wanita itu diberikan ketenangan, kesembuhan jiwa, dan satu hari nanti dipertemukan dengan jodoh yang benar-benar ditakdirkan buatnya dan memohon agar anak-anak dijaga dengan penuh amanah serta dihindari daripada sebarang tekanan emosi.
Terima kasih kerana pernah menyayangi, walau dari jauh. Aku doakan syurga untukmu. Jaga anak-anak elok. Jangan mental abuse mereka, itu amanah Allah SWT.
Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian hantaran tersebut telah dipadam oleh usahawan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.