Baru sahaja kelihatan akrab ketika misi di Gaza baru-baru ini, namun Caprice sepertinya terasa hati dengan Ustaz Ebit Lew dek beberapa luahan perasaan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut Caprice, kebanyakan penduduk Gaza terkilan dengan sesetengah orang Malaysia yang berimej ‘alim’ dan menggunakan kemiskinan mereka bagi meraih simpati. Bahkan ada yang menyatakan bahawa mereka tidak menerima pun sumbangan walhal tabung dibuka.
“Isu orang berkopiah masuk Gaza bukan tuju kepada satu orang sahaja. Tapi sudah lama orang Gaza marah bila ramai orang yang nampak alim saja menggunakan gambar-gambar Gaza untuk buka tabung.”
Dalam pada itu, penyanyi rap itu turut meluahkan rasa terkilan terhadap Ustaz Ebit Lew dek gambarnya memberikan permainan kepada dua kanak-kanak yang berbeza di Gaza dan kononnya kelihatan seperti sesi fotografi.
Bahkan Caprice turut berkongsi mesej panjangnya kepada Ustaz Ebit mengenai kejadian tersebut namun akaun Instagramnya disekat tak lama selepas itu.
“Akhirnya, Caprice kena block. Kita rasa sedih. Sakit hati dan malu. Ini ke idola Caprice selama ini. Bukan ke Islam ajar kita untuk minta maaf dan maafkan orang?”
Luahan penyanyi rap ini nyata mendapat perhatian netizen dan kebanyakan daripada mereka menyelar pendedahan Caprice dan menganggap dia tidak ikhlas melakukan misi di Gaza.
Bukan itu sahaja, Caprice turut menyatakan bahawa dia akan melakukan IG Live pada 21 Julai nanti bagi membongkarkan segala-galanya mengenai apa yang berlaku di sebalik misi ke Gaza itu.
View this post on Instagram
Walaubagaimanapun, dia menjelaskan bahawa live itu nanti bukanlah berkaitan dengan Ustaz Ebit namun melibatkan hal lain.
Kita nantikan kemas kini lanjut mengenai isu ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.