Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Luah Perasaan Di Twitter, Sarah Hildebrand Kecewa Dengan Pengacara MeleTOP

Pernah dijemput sebagai artis jemputan dalam sebuah rancangan hiburan terkenal MeleTOP kira-kira setahun yang lalu, baru-baru ini Sarah Hildebrand meluahkan rasa terkilan kerana dilayan sambil lewa oleh pengacara program temu bual tersebut.

Sarah HildebrandSumber : Google  

Perkara itu diluahkan Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand,31, menerusi bebenang ciapan di Twitternya, semalam.

Advertisement

Program MeleTOP yang pada ketika itu dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam diri Sarah apabila diajukan soalan yang tidak sepatutnya ketika siaran langsung program tersebut itu berlangsung.

Menurut Sarah, pada mulanya dia tidak mahu muncul dalam program tersebut namun setelah diberi senarai soalan yang diajukan oleh pengacara, dia bersetuju untuk tampil sebagai artis jemputan.

Twitter Sarah HildebrandSumber : Twitter Sarah Hildebrand  

“Sayangnya, temu bual tersebut dilakukan dengan sangat teruk oleh dua pengacara ketika itu. Semuanya berubah seperti pentas lawak. Malah, seorang pengacara juga berkata “apa lagi eh nak tanya”. Pengacara yang bagus tidak sepatutnya mengatakan perkara tersebut dalam rancangan siaran langsung.”

Tambah Sarah lagi, dia turut menerima beberapa soalan tidak masuk akal seperti adakah suaminya (Otto Gillen) mahu menjadi seperti Fattah Amin dan sebagainya.

Advertisement
Senarai soalan program MeletopSumber : Twitter Sarah Hildebrand  

Menurut pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu lagi, dia merasa malu dan kecewa apabila dilayan sedemikian rupa ketika program siaran langsung itu ditayangkan dan kembali terkenang keadaan tersebut apabila temu ramah itu dimuat naik ke saluran Youtube untuk tatapan peminat.

Mengimbas kembali, pada 13 November 2019 yang lalu, Sarah dan suaminya telah hadir ke program MeleTOP sebagai tetamu jemputan selepas mereka berdua selamat diijabkabul sebagai suami isteri pada 3 November 2019.

SUMBER : Twitter Sarah Hildebrand
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Anon

    January 29, 2021 at 4:03 pm

    And i remembered nabil ada tanya soalan double meaning and otto didn’t understand at all and sarah had to say “i will explain to u later”. It’s rude lah Nabil.

  2. Anonymous

    January 22, 2021 at 3:52 pm

    2019? lol.

  3. Anonymous

    January 17, 2021 at 1:01 am

    Adan uke ?????.

  4. Anonymousjugak

    January 16, 2021 at 11:54 am

    Memang lah soalanya ngok tapi dah lama sekarang kau baru nak sebut? Duduk diam2 dah, nanti kena tegur kecik hati

Loading...
To Top